Click Me :)

Tuesday, February 12, 2013

~~Terapi Kaki Ion Negatif~~

Masa sesi terapi ni sebenarnya tak boleh tunduk tp masa  kejadian aku tak diberi tahu...huhu
Warna yang terhasil dari rendaman kakiku
setelah 10 minit.

As Salam...

Pernah tak dengar pasal Terapi Kaki Ion Negetif ni? Aku pernah gak dgr sebelum ni tp tak pernah lah nk cuba. Tapi baru2 ni encik asben tetiba rasa nk try setelah dipromote oleh rakan sekerjanya. Aku buat kat Sijangkang, tak jauh dr rumah aku dengan adanya highway SKVE.

First time mencuba agak mengerikan melihatkan keadaan rupa air setelah beberapa minit kaki direndam. Warna air itu menunjukkan penyakit yang kita hidapi. Tengok sebelah ni, hasil dr rendaman kaki aku berwarna oren dan berminyak, tak ubah seperti kuah megi kari. Ini menunjukkan aku mempunyai kolestrol tak baik yang agak tinggi. Memang betul pun..huhu En asben pulak sama dgn aku tapi dia ada buih gelembung dan hitam. Ini menunjukkan dia ada masalah gastrik, bertoksin dan juga kesan dr ubat-ubatan.


Antara kelebihan terapi ini:

*Menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit.
*Memperbaiki fungsi buah pinggang, hati dan jantung,
*Melancarkan perjalanan darah,
*Membuang lemak dan mengurangkan berat badan,
*Mengurangkan sakit sendi, otot dan migrain,
*Memulihkan gout, diabetis dan menurunkan paras kolesterol,
*Meningkatkan daya ingatan, tenaga dan semangat,
*Mengatasi masalah susah tidur
*Menguatkan tenaga batin,
*Menghilangkan bau kaki, bau badan dan gatal-gatal,
*Mengurangkan perut buncit
*Mengatasi masalah yang bergantung kepada ubat

Disyorkan 12 kali rawatan.
Wanita hamil , kanak2 bawah 15 tahun, pesakit jantung tidak dibenarkan.

Perubahan Warna Air Setelah Terapi
K***
*Kuning kehijauan : toksin dari ginjal, pundi
dan saluran kencing,
*Kuning Kemerahan : Toksin dari sendi atau gout,
*Kuning Berminyak : Kolesterol
* Coklat Kelabu : Toksin dari hati, pundi hempedu
*Hijau tua : Toksin dari hati hempedu buih,
*Putih lendir : Dari Kelenjer limpa,
* Buih gelembung : Asid toksin, gastrik, perut kembung,
* Ketulan putih : Tulang rapuh / osteoporosis,
* Warna hitam : Logam berat / nikotin / ubat
* Warna merah : Ketulan darah beku.

Sesi terapi ini harus dilakukan berulang kali barulah boleh menampakkan hasilnya. Tapi yang pasti lepas buat satu sesi pun badan terasa ringan. Tak salah mencuba....

6 comments:

aima said...

kat mana nak buat terapi ni?

fyna said...

waaaaa...macam best je ^_^

Ungu Violet said...

aima ~ akak buat kt sijangkang, nama tpt tu kt taman medan...
fyna ~ best ler jugak sbb tak sabar nk tau result dia.. :)

kopi pasta said...

ye ker ni? mcm auta je. air awal2 tu diorang pakai air mata??

Ungu Violet said...

akak x rasa auta... mula2 tu dia guna air biasa jer dicampur dgn garam bukit... putih jernih air tu mula2... lps buat result yg keluar berlainan dr setiap individu.. tp terpulangla nk percaya ke tak... huhu

cikmin said...

Salam dear...scarynya warna air tu berubah macam tu lepas 10minit je?..cikmin buat beberapa kali lah..alhamdulillah..tak lah teruk sangat warna air tu kelihatan..kat sini 30min RM10...