Click Me :)

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, September 14, 2015

JEREBU OH JEREBU

As salam,

Jerebu tengah berluasa skrg.. area aku Shah Alam ni kira dh tak sihat jugak. Hari ni baca kt website DOE,  IPU dh mencecah ke 148 setakat pukul 11 pagi walaupun petang semalam hujan lebat. Kesian dengan mereka yg menghidap asthma lebih2 lagi kanak2. Kalau boleh kita elakkan lah dr berada di luar time2 mcm ni. Kalau terpaksa gak, eloklah pakai face mask dan banyakkan minum air putih.

Dalam keghairahan pasal jerebu ni aku terbaca status we chat budak2 ni..


Hahaha boleh lak dia buat lawak.. kalau IPU dh mencecah ke 200, sekolah2 akan diarahkan supaya tutup. Seronok lah budak2 ni cuti darurat. So perokok tegar n vapers mohon terasa.. Agak2 lah nk merokok tu, jauhi dr kanak2. Jangan mengasapkan lagi keadaan yg mmg dh berasap ni...hehehe

P/S: My prend Serikandi.. mintak izin publish muka u yg comei ni kat blog I ekk.. :)

Tuesday, March 26, 2013

Gangguan Saka Keturunan?

As Salam,

Tatkala aku membuat coretan ini, aku berada di hospital menemankan hubby aku di Shah Alam Specialist Hospital yg dah kali ketiga berada di sini. Kali pertama masuk disebabkan sakit tulang belakang atau slip disc berulang kembali selepas mendapat rawatan 3 tahun dahulu.

Selepas keluar hospital selang seminggu masuk balik sebab daya imbangan badan tiada dan juga sakit kepala dan tengkuk yg teruk. Yang peliknya bila berada di hospital, dia tak rasa sakit mana tp bila balik ke rumah, sakit menyerang. Aku membuat rumusan sebab di hospital dia mkn ubat ikut masa, bila kat umah kena selalu ingatkan baru dia makan.


Minggu seterusnya sakit tak berkurang, hari isnin kelmarin selepas follow-up visit dgn doktor, beliau disarankan utk membuat imbasan MRI (magnetic resonance imaging) di kepala selepas ct scan tidak berjaya mengenal-pasti punca sakit kepala. Keputusan keluar semalam, masih sama tiada masalah di otak beliau... alhamdulillah. Telinga juga diperiksa oleh doktor pakar sama juga seperti sebelum ni tiada masalah. Semua normal kata doktor.

Hadoiii... apalah punca semua ini? Adakah disebabkan gangguan saka keturunan yg pernah aku baca sebelum ini?

Antara tanda2 gangguan saka yang sama dialami oleh hubby aku:-

1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).
2. Hilang Ingatan atau cepat lupa.
3. Sering Lesu dan Malas.
4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Mudah Marah dan Panas Baran.
8. Cepat mengantuk
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan

Kalau ada di antara rakan2 blogger yg tahu mengenai saka ini, sila lah share sikit yer. Tq




Monday, March 18, 2013

Makanan Yang Boleh Buat Kita Jadi Pelupa

As Salam,

Lately ni daya ingatan aku semakin berkurang, mungkin faktor umur jugak kot. Tak pon RAM dlm otak aku ni dah hampir penuh, tapi boleh ker tambah RAM kat otak kita ni ekk..hehehe. Bila cakap pelupa ni, banyak faktor yang boleh menyebabkan kita jadi pelupa ni, antaranya pemakanan seharian kita memainkan peranan utama.

Antara makanan yg akan membuat kita cepat lupa adalah:


    1. Banyak makan epal yang sudah masam.
    2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
    3. Banyak makan bawang besar.
    4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
    5. Memakan kepala ikan.
    6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
    7. Makan sehingga terlalu kenyang.
    8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
    9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
    10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
    11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Makanan seperti jeruk, junk food tu memang aku minat sgt2, tu la penyebab aku cepat lupa ni kot  Lagi satu org tua2 selalu kata kalau kita makan semut memang akan membuat kita jadi cepat lupa. Sejauh mana betulnya teori ni, wallahualam. 

Tuesday, February 12, 2013

~~Terapi Kaki Ion Negatif~~

Masa sesi terapi ni sebenarnya tak boleh tunduk tp masa  kejadian aku tak diberi tahu...huhu
Warna yang terhasil dari rendaman kakiku
setelah 10 minit.

Thursday, October 14, 2010

~~Rahsia Bantal~~

Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni
Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. 
Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan dalam kehidupan seharian.
Mereka memerlukan banyak pendamping. 
Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.
 
Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. 
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.
 
Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. 
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. 
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. 
Mereka tdk suka berusaha.

Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada
sifat ego.
 
Tidak punya bantal
Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!