Click Me :)

Friday, March 29, 2013

Blog Header

As Salam,

Korang tau, hari ni satu keje pon tak aku buat kt ofis nih.
Dari pagi dok mengedit blog header aje.
Dah siap satu masih tak puas hati, tukar lagi.
Rasa tak berbaloi company bayar gaji aku hari nih huhuhu.
Ini ada antara header2 yg aku buat.
Yang lain2 tak jumpa lak aku save kat mana.


Ehh.. yg ni bila letak kat blog header nampak cantik, kat sini buruk la pulak.
Korang double click kalau tak caya hehehe



Yang ni sweet n simple kan? hahaha perasan lak



Yang ni pon sebenarnya cantik kat blog.. ada lip lap tapi tak minat lak



Last2 aku pilih yg no 2 sbb rasa simple aje.
Aku masih dalam proses pembelajaran nak buat header ni.
Takder software photoshop CS5, jadi aku guna yg 
free online aje,
so tak berapa canggih la sangat.
Asal sedap mata memandang ok lah kan.



Thursday, March 28, 2013

Dugaan Lagi

As Salam,

Dotter aku xcident kecil pagi tadi. Hadoiii!!! Kes hubby belum settle lagi tambah lagi satu dugaan menimpa family aku. Dia dilanggar motor semasa melintas jalan di depan mata aku. Memang tak nampak motor tu yg tetiba muncul. Mungkin laju sangat kot. Alhamdulillah dia hanya luka ringan aje. Kena berberapa jahitan di bawah dagu sbb terkoyak sedikit.

Ya Allah, besar sungguh dugaan yg Kau berikan padaku. Mungkin ada hikmah yg terselindung di sebalik sesuatu ujian yg ku terima ini. Namun aku tetap redha atas ketentuan Mu. Keratan artikel ni aku jumpa kat salah seorang blogger yg ingin aku share bersama.

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Apabila kita redha dgn sesuatu yg mengecewakan hati..
Maka Allah akan mengantikan kekecewaan itu dgn
kegembiraan yg kadang kala di luar jangkaan kita...
Betul tak?




Tuesday, March 26, 2013

Gangguan Saka Keturunan?

As Salam,

Tatkala aku membuat coretan ini, aku berada di hospital menemankan hubby aku di Shah Alam Specialist Hospital yg dah kali ketiga berada di sini. Kali pertama masuk disebabkan sakit tulang belakang atau slip disc berulang kembali selepas mendapat rawatan 3 tahun dahulu.

Selepas keluar hospital selang seminggu masuk balik sebab daya imbangan badan tiada dan juga sakit kepala dan tengkuk yg teruk. Yang peliknya bila berada di hospital, dia tak rasa sakit mana tp bila balik ke rumah, sakit menyerang. Aku membuat rumusan sebab di hospital dia mkn ubat ikut masa, bila kat umah kena selalu ingatkan baru dia makan.


Minggu seterusnya sakit tak berkurang, hari isnin kelmarin selepas follow-up visit dgn doktor, beliau disarankan utk membuat imbasan MRI (magnetic resonance imaging) di kepala selepas ct scan tidak berjaya mengenal-pasti punca sakit kepala. Keputusan keluar semalam, masih sama tiada masalah di otak beliau... alhamdulillah. Telinga juga diperiksa oleh doktor pakar sama juga seperti sebelum ni tiada masalah. Semua normal kata doktor.

Hadoiii... apalah punca semua ini? Adakah disebabkan gangguan saka keturunan yg pernah aku baca sebelum ini?

Antara tanda2 gangguan saka yang sama dialami oleh hubby aku:-

1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).
2. Hilang Ingatan atau cepat lupa.
3. Sering Lesu dan Malas.
4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Mudah Marah dan Panas Baran.
8. Cepat mengantuk
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan

Kalau ada di antara rakan2 blogger yg tahu mengenai saka ini, sila lah share sikit yer. Tq




Thursday, March 21, 2013

Pengamal ilmu Hitam / Kebal Dan Wakil Penjual Insuran

As Salam,

Kerja sebagai wakil penjual insuran ni agak tough jugak kan. Selain kene tebal muka dan telinga, mereka juga kene berani dan juga dari segi psikologi mesti pandai bermain dgn kata2. Aku pon selalu jugak mendapat panggilan2 dari mereka ni, kadang tu aku cakap aje hubby aku jual insuran jugak. So, dia orang tak jadilah nk berbual panjang dengan aku.

Baru2 ni aku mendapat dari bbm message dari seorang sahabat. Dikhabarkan perbualan ini benar2 berlaku di Batu Pahat, Johor. Kalau yang belum pernah mendengarkannya, meh kita dengarkan bersama di sini. Agak panjang jugak durasi perbualan nih, korang boleh skip2 yer..



video

So apa pendapat korang? Masih relevan ke pengamal2 ilmu kebal pada zaman sekarang ni atau sekadar mencari alasan untuk mengelakkan diri dari menerima panggilan dari wakil insuran ini?





Monday, March 18, 2013

Makanan Yang Boleh Buat Kita Jadi Pelupa

As Salam,

Lately ni daya ingatan aku semakin berkurang, mungkin faktor umur jugak kot. Tak pon RAM dlm otak aku ni dah hampir penuh, tapi boleh ker tambah RAM kat otak kita ni ekk..hehehe. Bila cakap pelupa ni, banyak faktor yang boleh menyebabkan kita jadi pelupa ni, antaranya pemakanan seharian kita memainkan peranan utama.

Antara makanan yg akan membuat kita cepat lupa adalah:


    1. Banyak makan epal yang sudah masam.
    2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
    3. Banyak makan bawang besar.
    4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
    5. Memakan kepala ikan.
    6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
    7. Makan sehingga terlalu kenyang.
    8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
    9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
    10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
    11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Makanan seperti jeruk, junk food tu memang aku minat sgt2, tu la penyebab aku cepat lupa ni kot  Lagi satu org tua2 selalu kata kalau kita makan semut memang akan membuat kita jadi cepat lupa. Sejauh mana betulnya teori ni, wallahualam. 

Thursday, March 14, 2013

Bila Bosan

As Salam,

Hari ni kenapa ntah tetiba aje rasa tak nak membzkan diri dgn kerja2 ofis. Mood tetiba hilang walaupun kerja bertimbun2. Mungkin teman se'chatting' aku hari ni takde kot. Nak tau apa aku buat bila mood takde dan bosan...


Ni dia keje aku... melayan kacang goreng sorang2. Banyak2 kacang goreng aku suka yg brand ini aje. Orang kata makan kacang nanti jerawat banyak, tapi aku tak pulak rasa macam tu cuma kadang tu rasa pening sikit mungkin sebab angin. Betul ke teori aku ni ekk?

Tuesday, March 12, 2013

Kolagen Rumpai Laut

As Salam, 

 Dua minggu lepas bz giler, tak sempat nk update apa2 kt blog aku yg tak seberapa ni. Nak share sesuatu dgn korang semua. Hari Ahad lepas, abg ipar aku mengahwinkan ank pompuan dia kt Kuala Selangor...so aku and family mestilah kene pegi sbb family terdekat kan. 

 Yang membuatkan aku teruja nk share ni ialah tentang kolagen rumpai laut ni. Kakak ipar aku yg hampir 2 minggu tak ku jumpa nampak sungguh berlainan. Muka dia putih mulus bersih , terkejut makk!!. So apa lg aku pon koreklah rahsia dia mcm mana boleh jadi secantik gitu. Dengan tak berahsia dia terus ckp dia minum air kolagen rumpai laut... Wahh!! Aku pon teruja sgt nk try benda ni. Lepas di google tentang marine collagen ni, barulah aku tau tentang kebaikannya. Kiranya aku ni ketinggalan keretapi sikit tentang benda ni tapi tak per la better late than never kan..  

Antara Kebaikan2 Pure Marine Collagen :
Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
Anti-bakteria, membuang TOKSIN
Menghilangkan SEMBELIT
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT
Membantu meningkatkan METABOLISME
Meningkatkan fungsi stomatch
Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
Mencegah ANEMIA
Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya


 Biar betul.....banyak betul kebaikan2nya dan aku nak sangat2 mencubanya. Macam mana dengan korang? Pernah try tak? Cer share...