Click Me :)

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

BISNES TRIP KE KUANTAN - BANDAR BAUKSIT

As Salam,

Menyepi seketika, berblogging bila berkesempatan mencuri masa di dalam kesibukan tugas seharian di pejabat yg tak pernah putus. Tapi bak kata orang, demi sesuap nasi kita harus lakukannya dengan seihklasnya walaupun kadang2 tu rasa nk dok goyang kaki aje kat umah. Tunggu hubby kaya mcm abang terlajak laris tu laa baru boleh goyang kaki tp wife dia pon berbisnes jugak walaupun duit dh berkoyan2 dlm bank kan..

Baru2 ni pd 1/10/2015 aku ke Kuantan untuk bisnes trip. Ikutkan hati aku malas nak outstation ni tp sekali sekala akak kene lawat kawasan gak kan.. Pergi bersama dgn Sales Engineer aku Zabidi, so xyah lah aku drive ke sana. Destinasi pertama kami ke Pekan bandar di raja Pahang, ke sana utk melihat air compressor yg baru dihantar ke Hicom Automotive Manufacturers, pengilang kereta yg terbesar di Pahang.

Tu dia.. tersongeh membelakangkn mamat2 kat kilang tu.. 
Aku ke situ bagi menyaksikan sendiri pemasangan air compressor tu. Aku jer sorang perempuan kt compressor room yg panas dan bingit tu. Bila selesai kami ambil lunch dan terus menuju ke Gebeng dan Pelabuhan Kuantan. Fuhh!! mcm menuju ke planet Mars aje. MasyaAllah, teruknya lah tempat sekitar Kuantan bypass dari Balok ke pelabuhan. Ini adalah akibat dari pengeluaran bauksit di kawasan Kuantan yg meningkat dgn mendadak. Bauksit adalah bahan mentah utk menghasilkan aluminium yg ditarah di Bukit Goh dan dieskport ke China.

lori2 yg teramat byk mengangkut bauksit sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya

jalan menuju ke pelabuhan Kuantan

Lori pengangkut bauksit
Kawasan kediaman di sepanjang jalan ke pelabuhan menjadi kotor dan berdebu merah yg menyebabkan pencemaran udara, air dan boleh mengundang masalah kesihatan pada penduduk setempat. Dalam satu kajian di Australia, bauksit ini dikatakan boleh menyebabkan kanser paru2. Nauzubillah. Diharapkan pihak yg berwajib lebih peka akan keadaan ini. Kesian aku tgk kedai2 makan di tepi jalan yg dulu ramai pengunjung tp sekarang sepi. Sebagai seorg yg mempunyai otak, memang tak laa nak stop makan kat situ. So, tertutup sudah mata pencarian seorg peniaga makanan. Kesian juga melihat yg menghantar anak ke sekolah dan pekerja2 berhampiran yg menaiki motosikal. Aku yg duduk dlm kereta pun terasa sesak nafas, inikan mereka yg bermotosikal.

Adalah diharapkan agar aktiviti2 penarahan dan pengeksportan ini dilakukan dgn secara profesional dan tidak terlampau gelojoh utk mengaut keuntungan. Fikirkan lah juga akibatnya.

Monday, September 21, 2015

Rombongan Cik Kiah ke Kuala Terengganu

As Salam,

Jumaat 18/9/2015 kami sekeluarga ke Kuala Terengganu bagi meraikan pernikahan anak saudara kami Heri & Aini Fatihah. Perjalanan ke Kuala T'ganu sekarang memang mudah dgn tersiapnya Lebuh Raya LPT 2, hanya mengambil masa 4 1/2 jam dari Shah Alam dan bestnya toll percuma lagi sehingga ke hari ini. LPT2 ni belum siap sepenuhnya, ada R&R yg belum dibuka dan tiada petrol pump pun sepanjang perjalanan tu. So, dinasihatkan sesiapa yg nak menggunakan LPT2 ni, siap2 isi minyak kat Kuantan dulu bagi mengelakkan perkara yg tak diingini berlaku.

Tp anak saudara kami dan rombongannya 7 biji kereta dan sebiji van bertolak dari Gopeng, Perak mengambil masa hampir 12 jam melalui jalan Cameron Highland - Gua Musang. Nasib baik mereka sampai sebelum time bernikah lepas isyak, kalau tak, tak taulah mcm mana. Kesian aje yg boleh aku katakan. Tapi biasa lah kan bila dh berkonvoi ramai2 tu, macam2 hal yg memaksa mereka berhenti nak ke tandas, makan2 dan juga sesat larat disebabkan tak biasa ke pantai timur. Nasib baiklah pihak pengantin perempuan menyediakan penginapan homestay yg agak selesa bg kami semua.

Ni homestay yg kami tinggal. Selesa jugak, setiap bilik ada aircond.
Akad nikah di Masjid Terapung Tengku Zaharah di Kuala Ibai, Kuala T'ganu. Dengan sekali lafaz sahaja, sah menjadi suami kpd Aini Fatihah

Orang kata kalau dh sampai Kuala T'ganu, mesti kene singgah ke Pasar Payang, so Sabtu 19/9/2015 pagi rombongan kami ke sana shopping sikit2 sebelum majlis persandingan. Kat sini aku dapat beli buah faveret aku duku langsat T'ganu dgn harga hanya RM2 sekilo, kat tempat aku mana nak dpt harga ni, RM6 you. Tak lupa juga kami memborong kerepok lekor Tok Molor yg memang terkenal dgn keenakkannya. Dah habis shoping baru kami ke rumah pengantin utk mkn nasi minyak.

Belanja satu picture pengantin, yg lelaki tu Mohd Zuhairi anak saudara aku.

Posing dulu sebelum balik Shah Alam

 Aku banyak snap picture2 sekitar penikahan dan persandingan aje, picture jalan2 shoping x sempat nk shoot sbb dh ralit shoping hihi..