Click Me :)

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Teduhan Kasih

As Salam,



Selepas Setia Hujung Nyawa, satu lagi slot akasia TV3 yg agak berhantu untuk dilayan iaitu drama Teduhan Kasih. Dari mula jalan ceritanya sudah membuatkan aku seakan tertunggu2 episod seterusnya dan ianya memang best!!. Bagi yang belum mengetahui sinopsisnya sila baca di bawah ini.

Sinopsis Slot Akasia Teduhan Kasih:
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Iffa disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah dan berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Ermmm bestkan? Cerita akan lebih panas apabila Ayu cuba menggoda Ehsan dari Iffa. Ayu memang cemburu dgn Iffa sejak dari kecil lg dan apa saja yg Iffa miliki, Ayu akan cuba utk mendapatkannya. Cerita ini dikhabarkan ialah sebuah cerita yg happy ending... :) Selamat menonton...

Tuesday, April 23, 2013

Baim Wong

As Salam,

BAIM WONG!! 
-
-
Ke mana menghilangnya jejaka tampan dari seberang ni? 
Lama dah rangkaian tv Malaysia tak menayangkan sinetron beliau. 
Terasa rindu lak dengan senyuman mengoda dia tu.. hahahaha.. 


Dgn sinetron Benci Bilang Cinta lah aku mula kenal dia.
Bila sinetron ini di tayangkan dulu, aku  tak sabar nk tunggu
episod seterusnya di tv, so aku layan kt youtube jer.
Siang kt ofis, malam kt umah lak.. memang berhantu citer tu..
Dengar citer sejak dia berpisah dgn Marshanda, dia 
masih solo sehingga ke hari ni... 
Kesian dia kan..

Monday, April 8, 2013

Movie Dua Kalimah

As Salam,

Korang dah tgk tak movie Dua Kalimah? Aku plan nak pergi tengok hari Ahad lepas tapi kesihatan hubby tak mengizinkan. Di sebalik tabir movie ni macam best aje, lebih ke arah Islamic sikit. Cerita2 macam ni semakin disukai ramai... ada ala2 citer Tanah Kubur pulak.  Lagi pon yang paling penting adanya Shaheizy Sam (baru jer memenangi anugerah bintang paling popular ABPBH 2012 semalam)



Jom kita tgk Sinopsis 2 Kalimah ni

2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?

Pelakon 2 Kalimah: Shaheizy Sam ,Nora Danish,Wan Hanafi Su,Yana Samsudin,Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar dan Mikael Andre.


terima kasih pada anizyn.blogspot.com utk sinopsis ini.


Semoga sesiapa yang menyaksikan movie ini akan enjoy dan mendapat serba sedikit pengajaran buat diri sendiri.


Sunday, February 24, 2013

~~Fear Factor Selebriti~~

As Salam,

Korang rajin tak layan citer Fear Factor Selebriti ni? Best jugak kan...tp kadang tu xleh tgk on time sbb time tu selalu ada siaran langsung bola sepak, tak kiralah tempatan atau luar negara.. so selalu tgk ulangan jer yg berkali2 di ulang tayang oleh pihak astro.

Aku ada sorang anak sedara yg obses dgn fear factor ni. Start dr pukul 8.00 mlm setiap Sabtu dia dh start pegang remote astro, takut org len tukar chanel lain. Klu hari2 biasa, bila mummy atau neneknya nk tukar chanel, mesti fobia takut2 rancangan ulangan ni sedang ditayangkan.. memang takde chance nk tgk citer lain dh. Klu main2 dgn sepupu2nya, smua berkitar dgn fear factor ni.... siap ada air horn yg amat2 membingitkn telinga. Smua gaya2 peserta dlm citer ni boleh ditirunya.



Ok, itu citer pasal ank sedara aku. Pasal fear factor ni lak, aku paling tak suka n menci kt si Gambit ni.. poyo sungguhlah mamat nih...sgt antagonis ertikata lain jahat mcm tu. Dari dulu aku harap dia disingkirkan tp lama la pulak sehinggalah malam tadi...yesss!!! Ada ker patut dia leh keluarkan statement "Aku harap ada yg akan lemas melakukan aksi ni" sampai bertekak jugakla dgn si farish tu...Agak2 la bro....walaupun ini hanya game show, seharusnya kene lebih sensitif...


Wednesday, February 20, 2013

~~PANAS !!! Fizz Fairuz Putus Tunang~~

As Salam,

Macam mana la boleh bertunang dgn isteri orang... tu la len kali benda baik2 macam ni jgn buat senyap2, kena heboh2 kan sikit maklum la awak tu kan public figure. Baru la kalau ada benda yg x betul, jiran2 pompuan tu boleh bagitau...ni dah buat senyap2 x dapat la den nak nolong..huhuhu..

comei gak pompuan ni kan...



Friday, December 30, 2011

~~OmBak RinDu~~

Salam semua,



Korang dh tgk citer Ombak Rindu ker? Aku dari show preview mula2 dulu dh teringin nk tgk, tp bila dh keluar kt ponggong panggung wayang, hubby lak tak nak pegi tgk. Dia tak layan citer jiwang2 nih..huhuhu...sabo je laa..(masa bercintan-cintun dulu citer tamil pon layan, wakakaka....)  Pastu aku tgk komen2 dr facebook, ramai yg kata citer ni mmg tangkap leleh punya, sampai kt radio hot.fm pon ada yg kata lelaki pon dok kesat air mata... Bertambah2 lagilah keinginan aku nk tgk citer ni, so aku fikir nnti tgk kt astro first ajelaa since hb taknk gi tgk.

Semalam, dgn tak semena2nya citer ni dh diupload kt youtube, so apa lg aku pon layan laa..huhuhu... Korang nk tau apa jadi? Aku tak nangis pon....aku tak tau part mana yg boleh membuat air mata aku tumpah... Tak romantik ker aku nih?? Atau aku tak dapat menyelami/menghayati citer ni btul2?? Atau mungkin sbb too much expectation kot kt movie ni dr aku?? Kalau citer hindustan heii... berduyun2 air mata aku keluar sampai naik segan aku kt anak2... Bagi aku citer dia biasa2 jer....mungkin sbb tak mkn pop corn kot masa tgk citer ni...hehhehe... Korang mcm mana?

Sunday, June 12, 2011

~~Fenomena Cikgu Shida~~

Yuhuu.... salam semua,


Apa khabar rakan bloggers semua? Lama tak update blog aku ni, kalau dh kena penyakit malas ni mmg takleh nak buat apa. Tp td anak aku tanya, "mak knp dh lama tk update blog?". Tetiba lak terasa rajin nk citer sikit ari ni, mau utk ari ni jer kot... nnti peram lg buat pekasam.... hihihi>>>

Cuti sekolah br jer tamat ari ni, nak tau apa kerja anak aku kat rumah?



Tu dia, keje anak sulung aku dgn adik bongsunya.... Ada rupa cikgu Shida tak? Kalau dulu kecik2, dia org mengerjakan lipstik dan bedak aku, tp dh besar ni lak hasilnya. Nak tergelak aku tgk gambar ni, so aku share ler dgn korang. Begitu kuat pengaruh Cikgu Shida ni kt budak2 kan....