Click Me :)

Thursday, March 28, 2013

Dugaan Lagi

As Salam,

Dotter aku xcident kecil pagi tadi. Hadoiii!!! Kes hubby belum settle lagi tambah lagi satu dugaan menimpa family aku. Dia dilanggar motor semasa melintas jalan di depan mata aku. Memang tak nampak motor tu yg tetiba muncul. Mungkin laju sangat kot. Alhamdulillah dia hanya luka ringan aje. Kena berberapa jahitan di bawah dagu sbb terkoyak sedikit.

Ya Allah, besar sungguh dugaan yg Kau berikan padaku. Mungkin ada hikmah yg terselindung di sebalik sesuatu ujian yg ku terima ini. Namun aku tetap redha atas ketentuan Mu. Keratan artikel ni aku jumpa kat salah seorang blogger yg ingin aku share bersama.

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Apabila kita redha dgn sesuatu yg mengecewakan hati..
Maka Allah akan mengantikan kekecewaan itu dgn
kegembiraan yg kadang kala di luar jangkaan kita...
Betul tak?




6 comments:

farah deena said...

motor mmg la. kdg2, tak perasan penunggang moto bawak laju.
Semoga ada kebahagian disebalik apa yg terjadi :). ameeenn.

Ungu Violet said...

Aminn.... tq deena..

noornazuha said...

Banyakkan sabar ye..jangan lupa solat hajat, harap semuanya dipermudah kan Allah...

Ungu Violet said...

InsyaAllah zuha...tq aminnn

latifah zainal said...

ujian allah..sabar & redha.ada hikmah disebaliknya

Ungu Violet said...

Yer btul tu cik latifah... semoga ada sinar yg lebih indah selepas ni... insyaAllah.