Tergamak sungguh seorang suami melakukan smua ini disebabkan oleh perasaan cemburu.... Di manakah letaknya nilai kemanusiaan hingga nyawa jadi pertaruhan... Memang salah isteri beliau kerana berbual dgn lelaki lain tp bagi aku bukankah benda2 sebegini boleh dibawa berbincang sebelum melakukan sesuatu yg boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan~~~ Luangkan sedikit masa kalian utk membaca artikel yg dipetik dr Harian Metro ini.....
KUALA LIPIS: Akibat gagal mengawal perasaan cemburu buta selepas melihat isteri bersembang dengan kenalan lelaki melalui telefon bimbit, seorang suami memijak perut, dada, kepala dan paha wanita itu sehingga maut di Ladang Selborne, Padang Tengku dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Rosmawati Abd Rahman, 39, yang mempunyai enam anak berusia dua hingga 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebelum kejadian, si suami yang kebetulan berada di rumah diberitahu anaknya berusia 12 tahun, mangsa sedang bercakap dengan seorang lelaki melalui telefon bimbit.
Difahamkan, lelaki terbabit yang ‘panas telinga’ selepas dimaklumkan demikian menghampiri isterinya sebelum merampas telefon bimbit berkenaan. Pertengkaran tercetus apabila mangsa tidak puas hati tindakan suaminya sebelum lelaki itu menolak isterinya hingga tersembam ke lantai.Tidak cukup dengan perlakuan ganas seperti haiwan, si suami kemudian memijak perut, dada, kepala dan paha sehingga mangsa meraung kesakitan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, lelaki itu kemudian mencekik leher dan menghantuk kepala isterinya ke lantai sebelum wanita itu dilaporkan tidak sedarkan diri.
Menurutnya, anak mangsa yang menyaksikan kejadian menyayat hati itu segera menghubungi kakaknya untuk meminta bantuan selepas melihat ibunya tidak sedarkan diri. Katanya, siasatan mendapati, setiba di rumah, anak perempuan mangsa mendapati ibunya terbaring berlumuran darah di kepala. Ibrahim berkata, melihat isterinya tidak sedarkan diri, lelaki itu melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum kejadian itu disedari penduduk kampung.
“Laporan berhubung kejadian itu dibuat penduduk kampung di Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, pada jam 6.15 petang kelmarin dan pemeriksaan dijalankan pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis (HKL) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. “Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat pagi ini (semalam),” katanya.
Menurutnya, polis sudah menubuhkan pasukan khas termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan untuk memburu suspek berusia 46 tahun di sekitar daerah ini dan Mempaga, Bentong.
11 comments:
mood tak bak tuh. biasala. jeles. :(
ya isteri pon 1..ckp fon dekat ngan si suami..cian2 anak2 dah tak ada ibu
ya rabb.. marah sangat sampai tak terkontrol dah tu..
iblis ni suka sangat ngn orang yang marah-marah ni. makin d hasutnya untuk buat perkara yang lebih over..
semoga kita dapat menahan marah daripada jadi melampau. mesti laki tu menyesal giler dah buat camtu..
hurmm..
tips utk org yg marah, ambik wuduk dgn sempurna. insyaAllah marah tu reda.
pertimbangkan dengan elok untuk buat sesuatu supaya tidak menyesal di kemudian hari.
adi - mood tu satu hal gak, tp apa yg dia buat tu mmg tak patut..
shazika - tu laa.. yg kecik br 2 thn, baru nk manja2 dgn ibunya
btul tu asada.. menyesal kemudian tak berguna dh.. manusia diberi kelebihan (otak) utk berfikir jd berfikirlah secara waras sebelum bertindak
ish3..marah sangat sampai hilang pertimbangan dah si suami tu..
Iman- oleh itu cintailah isteri kamu, kelemahannya kita atasi dgn perbincangan dan tolak ansur..:)
btw, yang isteri tuh da arwah. harap sangat la orang yang komen nih, jangan la komen lebih2 plak tentang isteri tuh erk. kalau ikotkan, xbaik bercakap buruk tentang si mati walaupon die sejahat mane sekali pon. :)
Aidi... isu kt sini ialah tentang sikap suami yg tak berperikemanusiaan.. utk arwah kita sedekahkan al-fatihah kpdnya..
kejam betul! tak kan la tak fikir anak dah enam...sepatutnya kalau isteri ada wat salah bincang elok2...kenapa la sampai macam tu... makan diri la jawabnya...
zalim, kejam dan tak berperikemanusiaan.... itu aje istilah buat lelaki mcm nih..
Post a Comment