Click Me :)

Monday, September 21, 2015

Rombongan Cik Kiah ke Kuala Terengganu

As Salam,

Jumaat 18/9/2015 kami sekeluarga ke Kuala Terengganu bagi meraikan pernikahan anak saudara kami Heri & Aini Fatihah. Perjalanan ke Kuala T'ganu sekarang memang mudah dgn tersiapnya Lebuh Raya LPT 2, hanya mengambil masa 4 1/2 jam dari Shah Alam dan bestnya toll percuma lagi sehingga ke hari ini. LPT2 ni belum siap sepenuhnya, ada R&R yg belum dibuka dan tiada petrol pump pun sepanjang perjalanan tu. So, dinasihatkan sesiapa yg nak menggunakan LPT2 ni, siap2 isi minyak kat Kuantan dulu bagi mengelakkan perkara yg tak diingini berlaku.

Tp anak saudara kami dan rombongannya 7 biji kereta dan sebiji van bertolak dari Gopeng, Perak mengambil masa hampir 12 jam melalui jalan Cameron Highland - Gua Musang. Nasib baik mereka sampai sebelum time bernikah lepas isyak, kalau tak, tak taulah mcm mana. Kesian aje yg boleh aku katakan. Tapi biasa lah kan bila dh berkonvoi ramai2 tu, macam2 hal yg memaksa mereka berhenti nak ke tandas, makan2 dan juga sesat larat disebabkan tak biasa ke pantai timur. Nasib baiklah pihak pengantin perempuan menyediakan penginapan homestay yg agak selesa bg kami semua.

Ni homestay yg kami tinggal. Selesa jugak, setiap bilik ada aircond.
Akad nikah di Masjid Terapung Tengku Zaharah di Kuala Ibai, Kuala T'ganu. Dengan sekali lafaz sahaja, sah menjadi suami kpd Aini Fatihah

Orang kata kalau dh sampai Kuala T'ganu, mesti kene singgah ke Pasar Payang, so Sabtu 19/9/2015 pagi rombongan kami ke sana shopping sikit2 sebelum majlis persandingan. Kat sini aku dapat beli buah faveret aku duku langsat T'ganu dgn harga hanya RM2 sekilo, kat tempat aku mana nak dpt harga ni, RM6 you. Tak lupa juga kami memborong kerepok lekor Tok Molor yg memang terkenal dgn keenakkannya. Dah habis shoping baru kami ke rumah pengantin utk mkn nasi minyak.

Belanja satu picture pengantin, yg lelaki tu Mohd Zuhairi anak saudara aku.

Posing dulu sebelum balik Shah Alam

 Aku banyak snap picture2 sekitar penikahan dan persandingan aje, picture jalan2 shoping x sempat nk shoot sbb dh ralit shoping hihi..

9 comments:

yuka said...

i suka pi trengganu...lama dah tak pi

Unknown said...

i pon suka.. skrg dh ada lpt2 cepat sikit smpi.. leh gi selalu hehe

Sop said...

kopok tok molor dah dekat dgn kg sop tu.. huhuhu
mmg sdg murah duku skrg, blk kelmarin pun borong duku :)

Shikin Razali said...

hehehe memang dah agak,rakan luar Terengganu memang tak penah lupa untuk singgah di pasar payang.. :-) anyway, tahniah kepada pasangan pengantin..

Unknown said...

sop ~ sop org sana ekk.. seronok selalu dpt mkn kopok..
shikin ~ rambang mata.. rasa nk beli narita byk2 tp x muat keter huhu..

Unknown said...

alhamdulillah, bertambah besar kaum keluarga

Unknown said...

Alhamdulillah..

YatieOwner said...

hi hi UV ;)
alhamdulillah. selamat sampai ke tempat yang dituju kan.
pengantin pun selamat menikah. hehe.
PG singgah plus menabung sama kat sini :)

Liz Juelita said...

hi, nice blog, visit me liz-juelita.blogspot.com