Click Me :)

Monday, April 8, 2013

Movie Dua Kalimah

As Salam,

Korang dah tgk tak movie Dua Kalimah? Aku plan nak pergi tengok hari Ahad lepas tapi kesihatan hubby tak mengizinkan. Di sebalik tabir movie ni macam best aje, lebih ke arah Islamic sikit. Cerita2 macam ni semakin disukai ramai... ada ala2 citer Tanah Kubur pulak.  Lagi pon yang paling penting adanya Shaheizy Sam (baru jer memenangi anugerah bintang paling popular ABPBH 2012 semalam)



Jom kita tgk Sinopsis 2 Kalimah ni

2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?

Pelakon 2 Kalimah: Shaheizy Sam ,Nora Danish,Wan Hanafi Su,Yana Samsudin,Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar dan Mikael Andre.


terima kasih pada anizyn.blogspot.com utk sinopsis ini.


Semoga sesiapa yang menyaksikan movie ini akan enjoy dan mendapat serba sedikit pengajaran buat diri sendiri.


2 comments:

rizalekin said...

tunggu keluar kat astro first.. (^_^) selamat menonton wayang

Ungu Violet said...

astro first kene bayar... d/load kt youtube jer nanti... :p