Click Me :)

Sunday, August 8, 2010

~~Bekam bukan Beckham~~

Salam,

Bekam adalah satu rawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaedah saintifik dengan mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

 Kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:
1. Membuang angin dalam badan
2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan
3. Melancarkan peredaran darah
4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat
5. Membuang racun / tosik dalam badan.

Hubby aku telah terpanggil untuk mencuba kaedah perubatan ini untuk rawatan slip discnya setelah direkemenkan oleh rakan beliau. Rawatan ini dilakukan oleh seorang doktor dari Korea bernama Dr. Kim. Beliau beragama Islam dan berkahwin dengan rakyat tempatan dan mengusahakan klinik beliau sendiri di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Antara keratan akhbar yg terdapat di rumah Dr. Kim


Dr Kim sedang memerhatikan darah kotor yg terhasil dr kaedah bekam ini.
Darah kotor yg terhasil berbuih2 dan ini adalah sesuatu yg tidak baik katanya.
Apabila gelas itu dibuka, darah kotor yg terhasil agak pekat dan berketul..
 Menurut Dr. Kim, jika lambat menerima rawatan hubby aku boleh diserang stroke. Jarang sekali dia berjumpa dengan kes seperti hubby aku ini. Aku sendiri dapat melihat perbezaan yg ditunjukkan oleh Dr. Kim, kerana rakan hubby aku juga melakukan rawatan ini dan darah yg terhasil amat berbeza. Beliau mengatakan bahawa rakan hubby aku itu tidaklah seteruk mana berbanding dgn hubby aku..

Aku amat berharap agar rawatan ini dapat menyembuhkan penyakit yg dihidapinya ini. Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya dr yg Esa...






2 comments:

cikmin said...

semoga cepat sembuh..seriau tengok gambar last tu..

Unknown said...

dulu pernah jugak tgk atuk buat rawatan ni...