Salam,
Kalau ada hari raya mesti ada mercun dan bunga api. Takder benda2 ni mcm tak sah raya jadiknya. Tapi yg paling sadisnye, hampir hari2 ada jer citer kanak2 cedera dan ada yg meninggal dunia akibat bermain mercun ini. Yang paling menyayat hati sehingga ke saat ini ialah cerita di Kuala Terengganu, bagaimana seorg kanak2 mati sehingga mayatnya terpelanting ke dahan pokok akibat impak dr letupan yg amat dasyat sehinggakan ada saksi mengatakan boleh didengar sejauh 4km.
Pelbagai tindakan dan pengawalan perjualan mercun ini dilakukan oleh pihak berkuasa tp masih senang didapati dipasaran. Tapi bagi aku, pengawasan dr ibu bapa adalah jalan yg paling berkesan dlm menangani permasalahan ini. Pastikan di mana anak anda berada. Kalau nk main bunga api pon biarlah di bawah pengawasan anda... Biar kita menangis sekarang kerana memukul anak tetapi janganlah kita menangis kemudian hari meratapi kesengsaraan yg mereka tanggung.
2 comments:
setuju sangat tuu...apa2 yang terjadi pada anak2ibu bapalah yang dipertanggungjawabkan
susah nak dibendung pekara ni kalau mak bapak xkawal..
Post a Comment