Click Me :)

Thursday, March 11, 2010

Diet Oh Diet

Salam semua.. Kali ni aku nk share something dgn u all smua. Diet...perkataan ini lebih sinonim dgn wanita. Korang nak tau tak dulu aku gemuk. Cuba bayangkan dgn ketinggian aku yg hanya 147cm tp berat aku ialah 58kg. Aku bagai dikejutkan dr tidur yg lena bila aku melihat gambar2 yg aku ambil semasa di Gold Coast dulu. Sekembali dr situ aku berazam ingin menguruskan badan aku nih.. Korang tengok la pic aku masa gemuk ni..

Formula aku senang aje tp yg paling aku rasa penting ialah keazaman kita nk kurus.. Nak tau mcm mana aku berjaya menguruskan badan aku (takla sekurus mana pon... sedang2 aja hehehe...). Aku tidak mengamalkan apa2 ubat untuk kurus. 

Cara permakanan sebegini aku amalkan semasa hari2 bekerja sahaja. Kalau hari2 cuti mmg payah nk berdiet sbb byk sgt dugaan. Maklumlah anak2 sedang membesar, nak makan sedap2 jer, so kena ikut la kerenah mereka.


  • Pagi2 aku akan minum secawan-dua air manis contohnye nescafe atau milo.


  • Lebih kurang pukul 11.00 pagi, aku akan makan oats bercampur milo. Aku akan skip lunch sbb bila lunch hour mmg perut kenyang lagi masa tu. Biasanye aku akan minum byk air suam.


  • Aku akan rasa kenyang hinggalah ke petang, tapi kalau aku rasa lapar aku akan membuat nescafe atau milo 1 mug.


  • Bila balik dr ofis, biasanye pukul 7 mlm aku akan terus makan dinner sbb sebaiknya time tuk dinner ialah sebelum pukul 7.30 mlm. Lepas tu no supper at all.

Akhirnya dgn formula aku sendiri ni aku berjaya menurunkan berat badan aku ke 51kg sekarang dlm masa lebih kurang 7 bulan.. Sekarang aku hanya perlu maintain berat aku nih dgn cara permakanan yg sama tapi ada gakla keluar lunch sbb klu kurus sgt tak best lak rasanye. Korang tgk sendirila perbezaannya..


Apa kata saper2 yg merancang utk menguruskan badan tue cuba teknik2 aku ni, takyah lah membuang duit pegi slimming course ker.. buat abis duit jer.. hehehe...


Selamat Mencuba...

4 comments:

zella y said...

thanks for the tips...sy tgh berusahah hendak turunkan berat badan ni heheh

Unknown said...

bagus2.. yg penting jgn mudah mengalah ok...

yuka said...

i pun nak ikut cara u ni...hik3

Unknown said...

ikut jgn tak ikut..amacam deal kita ekk.... dh nk abis bln March dh nih..hehehehe