Click Me :)

Wednesday, May 29, 2013

Teduhan Kasih

As Salam,



Selepas Setia Hujung Nyawa, satu lagi slot akasia TV3 yg agak berhantu untuk dilayan iaitu drama Teduhan Kasih. Dari mula jalan ceritanya sudah membuatkan aku seakan tertunggu2 episod seterusnya dan ianya memang best!!. Bagi yang belum mengetahui sinopsisnya sila baca di bawah ini.

Sinopsis Slot Akasia Teduhan Kasih:
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Iffa disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah dan berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Ermmm bestkan? Cerita akan lebih panas apabila Ayu cuba menggoda Ehsan dari Iffa. Ayu memang cemburu dgn Iffa sejak dari kecil lg dan apa saja yg Iffa miliki, Ayu akan cuba utk mendapatkannya. Cerita ini dikhabarkan ialah sebuah cerita yg happy ending... :) Selamat menonton...

5 comments:

Normi Nieza said...

layan..:)

Ungu Violet said...

dah terjebak... layankan ajelah.. :)

anakMommy said...

demam abang ehsan kat sini...hehe

Aida Ismail said...

Tak ikut la cerita ni. Tapi kadang2 tengok jugak kak. Hee~

Mia Liana said...

kak mia tengok.. nasib baik happy ending..