As Salam,
Salam ceria buat rakan2 bloggers. Terasa sayu sgt hati apabila melihat video kat atas.. tanpa disedari berderai air mata membasahi pipi bila menontonnya lalu aku sharekan dgn rakan2 smua agar kita mendapat manfaat dr video ini. IsyaAllah..
Antara bait2 indah yg terdapat dlm lagu ini:-
Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Aku amat bersyukur kerana aku masih mempunyai ayah dan ibu, tetapi mana tahu mungkin ini kali terakhir aku menyambut ramadhan bersama mereka. Terlalu besar pengorbanan mereka terhadapku. Terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini...Moga mereka akan sentiasa dirahmati olehMu. Amin..
9 comments:
Thanks atas peringatan ni. Mmg sayu jer rasa. Waaaaaaaaa...nak balik kampung skrg........
Welcome... sharing is caring kan.. UV beruntung sbb mak n abah dh tinggal sekali dgn UV skrg nih...
Bagus la. Leh balas jasa org tua kan. Mmg anak yg baik UV. Good cares and happy always.
Tq, jasa mereka tak terbalas... just wanna make them happy selagi hayat dikandung badan..
jasa dan kasih syg mereka x terbalas...
Betul tu aisya...hanya tuhan yg mampu membalasnye..
rindu mak, rindu ayah...
nak balik kampungggg raya ni...
uwaa...yuka anak yatim piatu dah...
Kalau lagu pasal mak ayah, memang semua sedih2. Kadang2 boleh nangis teresak2 lagi. Alhmadulillah, mak ayah saya masih setia disisi~
Post a Comment