Click Me :)

Tuesday, February 19, 2013

~~Angkara Lambung Bayi, Kena Penjara 20 tahun~~

As Salam,

Apa nak jadilah amah2 skrg nih... Sampai hati dia buat baby yg blom tahu apa2 gitu, mungkin sbb selalu sgt tgk wrestling kt tv tu gamaknya.. Ngeri menengokkan cara dia melambung2kan baby tu, alhamdulillahlah hingga saat ini blom ada kecederaan serius yg dialami oleh baby yg tak berdosa tu.

Tapi persoalannya, agak2 setimpal ker hukuman yg dikenakan pada amah tu? Bagi aku lah, 20 tahun penjara tu memang mencukupi tapi patut  kene sebat sekali. Biar ada rasa bersalah atas tindakan beliau itu.

Yulianna mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Apa2 pon, diharap kedua ibu-bapa bayi itu tabah menghadapi situasi sebegini. Diharap mereka akan lebih berhati2 di masa akan datang.


Friday, February 15, 2013

~~Majlis Doa Selamat & House Warming~~

As Salam,

Penghujung tahun lepas aku telah mengadakan Majlis Doa Selamat & House Warming setelah berpindah masuk ke rumah mampu milik kami di Bandar Saujana Putra, Selangor. Alhamdulillah majlis berjalan  dgn lancar dan hampir kesemua tetamu yg dijemput hadir ke majlis kami ini.  Terima kasih kpd semua tetamu yg sudi hadir.

Oleh kerana aku tak berapa pandai nk masak banyak2, jadi aku main order dr katering kt Shah Alam aje.

 Menu of the day : 
Masak lemak ikan masin dgn nenas, 
ayam masak merah,ikan cencaru goreng dgn tauchu,
 ulam2 segar, buah-buahan dan kuih muih.

Antara snapshot yg sempat dirakamkan.

antara juadah yg dihidangkan

masak lemak ikan masih dgn nenas... pergghhh!!! mmg sedap
tetamu menjamu selera di dalam rumah

posing dulu sebelum makan




abah dgn ank buahnya rancak berborak

jom menjamu selera
kami adik beradik...serupa tak?


Tuesday, February 12, 2013

~~Terapi Kaki Ion Negatif~~

Masa sesi terapi ni sebenarnya tak boleh tunduk tp masa  kejadian aku tak diberi tahu...huhu
Warna yang terhasil dari rendaman kakiku
setelah 10 minit.

Friday, February 1, 2013

~~"Loh Sang" Celebration~~

As salam,

Setiap tahun mmg sudah jd kemestian mesti ada "loh sang" lunch kt ofis aku nih. So kali ni, kita org pilih hari ni utk meraikannya. Bkn apa just sekadar suka2 jer. Bagi yg kureng arif apa ke benda loh sang ni, sila lah baca nota di bawah ni.. aku tanya mr. google jer...hihihi. Rasanya ada mcm2, manis ada, sikit pedas masam pon ada.. kira sedap gak laa..

yg tgh2 tu la yee sang.. gabungan salmon, salad dan keropok

Loh Sang means the act of tossing salad. For Chinese it means gathering prosperity. Auspicious wishes are usually uttered during the tossing (eg. wish all of us with good health) and we usually toss as high as possible (to reach for the stars!) using a pair of chopsticks.




Kepada saper2 yg tak pernah mencuba loh sang ni... apa kata korang pegi carik... No harm trying kan..

Thursday, January 31, 2013

As Salam,

Lama sungguh aku menyepikan diri dr dunia blogging, dh dekat setahun jugaklaa...sampai lupa password blog nih (br sedar aku nih dh start aging rupanya...huhuhu...) Apa khabar kalian semua? Aku sihat alhamdulillah, cuma masa aje yg mencemburui aku dr terus menulis.  Namun begitu, aku tetap juga menjenguk blog ini sekali sekali dan yg memeranjatkan aku ialah ada jugak follower baru walaupun aku tak aktif.... thanks yer... sayang uolls... ;)

Ermmm....sekarang rasanya nk aktif balik laa... bila ada masa terluang nnti akan aku coretkan something supaya ada kenangan kemudian hari, betul tak? Thanks yuka sbb dok ajak aku kembali aktif. 






Friday, December 30, 2011

~~OmBak RinDu~~

Salam semua,



Korang dh tgk citer Ombak Rindu ker? Aku dari show preview mula2 dulu dh teringin nk tgk, tp bila dh keluar kt ponggong panggung wayang, hubby lak tak nak pegi tgk. Dia tak layan citer jiwang2 nih..huhuhu...sabo je laa..(masa bercintan-cintun dulu citer tamil pon layan, wakakaka....)  Pastu aku tgk komen2 dr facebook, ramai yg kata citer ni mmg tangkap leleh punya, sampai kt radio hot.fm pon ada yg kata lelaki pon dok kesat air mata... Bertambah2 lagilah keinginan aku nk tgk citer ni, so aku fikir nnti tgk kt astro first ajelaa since hb taknk gi tgk.

Semalam, dgn tak semena2nya citer ni dh diupload kt youtube, so apa lg aku pon layan laa..huhuhu... Korang nk tau apa jadi? Aku tak nangis pon....aku tak tau part mana yg boleh membuat air mata aku tumpah... Tak romantik ker aku nih?? Atau aku tak dapat menyelami/menghayati citer ni btul2?? Atau mungkin sbb too much expectation kot kt movie ni dr aku?? Kalau citer hindustan heii... berduyun2 air mata aku keluar sampai naik segan aku kt anak2... Bagi aku citer dia biasa2 jer....mungkin sbb tak mkn pop corn kot masa tgk citer ni...hehhehe... Korang mcm mana?