Click Me :)

Sunday, August 8, 2010

~~Bekam bukan Beckham~~

Salam,

Bekam adalah satu rawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaedah saintifik dengan mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

 Kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:
1. Membuang angin dalam badan
2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan
3. Melancarkan peredaran darah
4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat
5. Membuang racun / tosik dalam badan.

Hubby aku telah terpanggil untuk mencuba kaedah perubatan ini untuk rawatan slip discnya setelah direkemenkan oleh rakan beliau. Rawatan ini dilakukan oleh seorang doktor dari Korea bernama Dr. Kim. Beliau beragama Islam dan berkahwin dengan rakyat tempatan dan mengusahakan klinik beliau sendiri di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Antara keratan akhbar yg terdapat di rumah Dr. Kim


Dr Kim sedang memerhatikan darah kotor yg terhasil dr kaedah bekam ini.
Darah kotor yg terhasil berbuih2 dan ini adalah sesuatu yg tidak baik katanya.
Apabila gelas itu dibuka, darah kotor yg terhasil agak pekat dan berketul..
 Menurut Dr. Kim, jika lambat menerima rawatan hubby aku boleh diserang stroke. Jarang sekali dia berjumpa dengan kes seperti hubby aku ini. Aku sendiri dapat melihat perbezaan yg ditunjukkan oleh Dr. Kim, kerana rakan hubby aku juga melakukan rawatan ini dan darah yg terhasil amat berbeza. Beliau mengatakan bahawa rakan hubby aku itu tidaklah seteruk mana berbanding dgn hubby aku..

Aku amat berharap agar rawatan ini dapat menyembuhkan penyakit yg dihidapinya ini. Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya dr yg Esa...






Sunday, August 1, 2010

~~Makan Deghoyan Ler Pulokk~~

Salam smua,

Korang suka makan durian tak? Aku ni bukanla hantu durian sgt, tp aku ada cerita disebalik buah durian nih.. Dulu2 aku mmg suka giler makan durian ni, apa2 yg ada kaitan dgn durian aku suka. Ntah mcm mana ada satu hari tu, kat kpg ada lah satu rumah sedara sebelah abah aku buat pulut durian. Aku punyala suka dgn pulut durian ni, makan tak hengat org dh... Lepas je mkn pulut durian tu, esoknya aku demam, mungkin makan banyak sgt kot. Lepas je dr hari tu, jangankan makan durian, baunye pon aku tak tahan, rasa loya tekak aku nih..

Lama gak la aku menanggung sakit bencikan durian ni, tp semenjak dua menjak ni suka balik makan durian. So tak la rugi lagi rasanye.. Tetiba teringin lak nk mkn durian bersama2 dgn mak, abah n adik beradik smua. Sempena ari cuti semalam kami sekeluarga pergi ke Kpg Jahang di Gopeng, Perak (kpg hubby aku) utk menikmati durian yg fresh dr dusun. Mmg sedap durian Gopeng nih, lain mcm rasa dia, aku suka yg ada rasa pahit manis tp klu lemak berkrim tu kureng sikit... Bila kopek dpt jer yg pahit2 tu mesti pas kat aku.

Aku dan hubby
Adik-adik aku tgh menikmati buah durian..
Abah dan adik

Thursday, July 22, 2010

Jika Kau Rasa Getarnya - Slam



Jika Kau Rasa Getarnya

Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

Kaulah pancaran yang daku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga

Bukan simpati yang aku pinta
Kebenaranmu memutus kata
Agar dapatku abadikan
Untuk pedoman peniti cinta

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

Tiap kali aku dgr lagu ni... rasa mcm damai aje dlm hati ni... Suara Zamani yg mendayu2 tu mmg tangkap lentuk laa beb...  Meh kita hayati bait2 indah lirik dia..








Tuesday, July 20, 2010

Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA

Salam semua,

Rasanya tak terlambat lagi kalau aku nk join kontes ni kan.... bak kata pepatah mat salleh "better late than never". Aku terpanggil nk join kontes ni lama dh tp dek 'kebz'an keje kt ofis tu.. slalu jer tertangguh... So dikesempatan ini, aku coretkan something... 

Aku taklah mengharap apa2 dr cikmin yg budiman ni, tp org kata why not, worth trying kan..hehehe.

Kalau saper2 nak join jom klik kat sini cepat sebelum terlambat.... :)








Sunday, July 11, 2010

~~LaWaK WorLdCup~~

-Child Custody Case-
Judge to Child: Do you want to live with your mother?
Child: No
Judge: Why?
Child: She beats me.
Judge: Okay, so you want to live with dad?
Child: No
Judge: Why not?
Child: He beats me too.
Judge: So who do you want to live with?
Child: England Team
Judge: WHY??
Child: They never beat anyone!




 

Sunday, July 4, 2010

~~KeNyaTaaN~~


Aku amat tertarik dgn lirik lagu ini...
Cuba hayati setiap bait2 indah ini....