Click Me :)

Friday, July 19, 2013

Ayah dan Ibu




As Salam,

Salam ceria buat rakan2 bloggers. Terasa sayu sgt hati apabila melihat video kat atas.. tanpa disedari berderai air mata membasahi pipi bila menontonnya lalu aku sharekan dgn rakan2 smua agar kita mendapat manfaat dr video ini. IsyaAllah..

Antara bait2 indah yg terdapat dlm lagu ini:-

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Aku amat bersyukur kerana aku masih mempunyai ayah dan ibu, tetapi mana tahu mungkin ini kali terakhir aku menyambut ramadhan bersama mereka. Terlalu besar pengorbanan mereka terhadapku. Terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini...Moga mereka akan sentiasa dirahmati olehMu. Amin..

Thursday, July 4, 2013

Murtad

As Salam,

Lama betul tak update blog ni dah.. Bz sesangat kat ofis, nak kata bisnes kencang tak jugak tp entah kenapa mcm bertimbun2 lak benda nk kene settlekan. Tapi hari nih ada ruang sikit utk mencelah. Tadi masa lunch aku dok tgk2 lah fb dan ternampaklah satu status nih dr page Mencari Keredhaan Illahi.. Terkejut beruk aku bila aku buka link adlin binti abd jalil nih...


Ini orang yang hina ISLAM ! 

Jom kita sama-sama ambil tindakan ! Jangan biarkan ! 



Jangan benarkan ada sesiapa yang menghina ALLAH,
NABI dan ISLAM...



Ish2 teruk orang mcm ni..moga diberikan hidayah.. :''(



INI link FACEBOOKNYA..




Dia ni dulu Islam lahir di Malaysia tp sekarang kira dah murtad lah dan kini berada di Sweden. Yang tak tahan tu dia boleh hina Allah s.w.t., Nabi Muhamad s.a.w. dan juga ISLAM dengan kata2 kasar dan cacian. Yang paling tak boleh aku terima ialah ramai yg like setiap post dia..MasyaAllah, semoga dia ni diberi petunjuk dan kembali ke pangkal jalan. Sekali pon tak mahu menganuti Islam, jangan lah menghina sehingga demikian rupa.. Nauzubillah...

Wednesday, May 29, 2013

Teduhan Kasih

As Salam,



Selepas Setia Hujung Nyawa, satu lagi slot akasia TV3 yg agak berhantu untuk dilayan iaitu drama Teduhan Kasih. Dari mula jalan ceritanya sudah membuatkan aku seakan tertunggu2 episod seterusnya dan ianya memang best!!. Bagi yang belum mengetahui sinopsisnya sila baca di bawah ini.

Sinopsis Slot Akasia Teduhan Kasih:
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Iffa disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah dan berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Ermmm bestkan? Cerita akan lebih panas apabila Ayu cuba menggoda Ehsan dari Iffa. Ayu memang cemburu dgn Iffa sejak dari kecil lg dan apa saja yg Iffa miliki, Ayu akan cuba utk mendapatkannya. Cerita ini dikhabarkan ialah sebuah cerita yg happy ending... :) Selamat menonton...

Friday, May 3, 2013

Pura2 Busy

As Salam,

Salam ceria di hari Jumaat untuk semua.




Kalau ada sign board mcm ni kat pejabat bagus jugak kan.... 
Nak2 kat pejabat2 yg kita terpaksa menunggu 
berjam2 utk berurusan dengan mereka...
huahuahua