Click Me :)

Thursday, April 25, 2013

Adam AF2 Sudah Berubah?

As Salam,

Lama kita tak dengar berita mengenai Adam AF2 ni kan.
Tau-tau rupanya beliau kini dh berubah/berhijrah..
Alhamdulillah..
Sebelum ini ada khabar yg mengatakan bahawa
beliau mempelajari ilmu perubatan islam.

Adam memberikan ceramah di Kem Ibadah Muthmainnah baru2 ini


Tapi andai benar Adam AF2 kini selangkah ke arah kebaikan, 
untuk berubah dan keluar dari dunia yg agak melalaikan, 
kita ucapkan tahniah dan selamat maju jaya untuk Adam AF2.




Tuesday, April 23, 2013

Wajah Seiras (Lawak)

As Salam,

Kenal tak wajah2 dlm gambar di bawah ini? 


Hampir serupa kan? 
Gambar Jepp Sepah tu tak leh blah lah ...hehehe

Baim Wong

As Salam,

BAIM WONG!! 
-
-
Ke mana menghilangnya jejaka tampan dari seberang ni? 
Lama dah rangkaian tv Malaysia tak menayangkan sinetron beliau. 
Terasa rindu lak dengan senyuman mengoda dia tu.. hahahaha.. 


Dgn sinetron Benci Bilang Cinta lah aku mula kenal dia.
Bila sinetron ini di tayangkan dulu, aku  tak sabar nk tunggu
episod seterusnya di tv, so aku layan kt youtube jer.
Siang kt ofis, malam kt umah lak.. memang berhantu citer tu..
Dengar citer sejak dia berpisah dgn Marshanda, dia 
masih solo sehingga ke hari ni... 
Kesian dia kan..

Friday, April 19, 2013

Siapa Selalu Terkena

As Salam,

Recycle Reuse mmg baik
Tapi AWAS kadang2 terkena gak
Jangan cakap anak
maknya yg menyimpan pon kadang2 terlupa
huhu....
-
-
-
-



Tuesday, April 16, 2013

Penyanyi Alyah Kini Bertudung

As Salam,


Penyanyi popular, Alyah telah mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

"Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya.

"Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah kebaikan.

"Saya percaya apa yang dilakukan sekarang ini adalah untuk masa depan sendiri. Sebelum ini saya tercari-cari dan tertanya-tanya dengan pelbagai nasib buruk yang menimpa ke atas diri saya," ujar Alyah yang dipetik daripada mStar Online. 

Friday, April 12, 2013

Kapsul Figure Up

As Salam,

Salam Jumaat untuk semua. TGIF....esok n lusa cuti yeahhh!!! Mood biasalah...mcm malas jer nak buat kerja. Aku nak share something dengan korang semua. Hari ni aku start makan kapsul buang lemak jenama Figure Up yang mudah, cepat dan selamat (diadun sempurna dengan 100% bahan semulajadi) yang dijual oleh rakanku yuka comei. Berat badan aku bukanlah teruk sangat tapi disebabkan tak exercise perut aku jadi macam orang mengandung 3 bulan. Nak pakai baju apa pon tak nampak cantik, macam terjojol aje perut tu.




Sebelum ni aku ada makan kapsul acaiberry, memang berkesan sehingga dapat mencapai berat yg diidamkan (52kg) tapi sejak keluar statement cakap kapsul tu tak selamat aku jadi takut nak consume. Hari ini aku timbang berat badan aku 56.5kg. Sebelum breakfast tadi aku dah telan sebiji, sehingga ke saat ini aku terasa amat dahaga. Dari tadi aku banyak minum air putih, ini memang keperluan utama untuk cepat turunkan berat badan.

Nanti aku akan update dari masa ke semasa tentang berat badan aku ini. Kalau betul2 berjaya aku ingat nak jual jugaklah kapsul Figure Up ni sebab harga dia pon kira berpatutan , boleh jugak menambah pendapatan keluarga.