Click Me :)

Tuesday, March 26, 2013

Gangguan Saka Keturunan?

As Salam,

Tatkala aku membuat coretan ini, aku berada di hospital menemankan hubby aku di Shah Alam Specialist Hospital yg dah kali ketiga berada di sini. Kali pertama masuk disebabkan sakit tulang belakang atau slip disc berulang kembali selepas mendapat rawatan 3 tahun dahulu.

Selepas keluar hospital selang seminggu masuk balik sebab daya imbangan badan tiada dan juga sakit kepala dan tengkuk yg teruk. Yang peliknya bila berada di hospital, dia tak rasa sakit mana tp bila balik ke rumah, sakit menyerang. Aku membuat rumusan sebab di hospital dia mkn ubat ikut masa, bila kat umah kena selalu ingatkan baru dia makan.


Minggu seterusnya sakit tak berkurang, hari isnin kelmarin selepas follow-up visit dgn doktor, beliau disarankan utk membuat imbasan MRI (magnetic resonance imaging) di kepala selepas ct scan tidak berjaya mengenal-pasti punca sakit kepala. Keputusan keluar semalam, masih sama tiada masalah di otak beliau... alhamdulillah. Telinga juga diperiksa oleh doktor pakar sama juga seperti sebelum ni tiada masalah. Semua normal kata doktor.

Hadoiii... apalah punca semua ini? Adakah disebabkan gangguan saka keturunan yg pernah aku baca sebelum ini?

Antara tanda2 gangguan saka yang sama dialami oleh hubby aku:-

1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).
2. Hilang Ingatan atau cepat lupa.
3. Sering Lesu dan Malas.
4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Mudah Marah dan Panas Baran.
8. Cepat mengantuk
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan

Kalau ada di antara rakan2 blogger yg tahu mengenai saka ini, sila lah share sikit yer. Tq




6 comments:

yuka said...

kes macam ni kena berubat kaedah perubatan Islam kot...

Unknown said...

dh cuba gak tp kurang berhasil..kene cari yg btul2 power punya.. huhu

mselim3 said...

Betul yuka nasihat tu... kena bawa rawatan darul syifa ker....kita hanya berusaha ...k

mselim3

Unknown said...

Mohd ~ mmg dh kene cari alternative lain dh... tq yer

Latifahzainal said...

trylah guna perubatan islam.amalkan selalu bacaan ketika sujud dalam sembahyang hajat tu

Unknown said...

Dh 2-3 kali cuba dh tp blom berhasil lg... insyaAllah nnti akn suruh hb buat solat hajat tu.. tq yer