Tetiba rasa nk update blog nih.. Bukan nye bz sgt tp rasa mcm malas aje, takder modal nk mengomel... Tetiba teringat lak nk citer pasal karaoke.. Aku mmg ler minat berkaraoke tp sekadar syiok sendiri aje laa, pegi dgn hubby, ank2 or kadang2 tu dgn member2.
Hari Ahad lepas aku pegi la ke jemputan kawen anak sepupu hubby aku kt Kpg Melayu Subang, grand gak ler majlis tu, maklumla hubby sepupu aku tu engineer kt Airod (loaded beb)... Pastu ada la karaoke nih, masa aku mula2 smpi time aku tgh mkn, ada la sorang mamat ni kira umur dh meningkat senja gak ler, mendendangkan lagu Oh Fatimah.. dr awal smpi abis dia bantai sebut Oh Fatimah aje... Aku rasa pokcik ni senget sikit kot, tp takper la kan, leh gak berhibur...so layan aje laaa.....
Lepas aku mkn, aku lepak la kt umah pengantin, dh boring kt atas aku turun lg kt khemah, tetiba hubby aku ajak berduet.. Aduhhh.. mana penah aku nyanyi depan org ramai... aku menolak tp hubby aku ajak gak.. huhuhu... Demi utk tidak menghampakan hubby aku n sepupu dia gak, kami berduet laaa... Dalam hati tuhan aje yg tau mcm mana gabranye aku...Nak tau lagu apa kami nyanyi... lagu Kau Mawarku.. mula2 nyanyi tu sore aku terketar2 mcm tak kuar tp dh lama sikit baru ok.... Alhamdulillah aku mampu menghabiskan keseluruhan lagu tu... Uwaaaa.... lain kali tak mau lagi dh...
Sudah menjadi kebiasaan kami adik beradik akan berkumpul di rumah mak pada masa hari cuti. Macam2 kerenah kalau dah berjumpa ramai2. Tapi semalam masa kami berkumpul, tiba2 abah aku menyuarakan permasalahan dia.....
Adik bongsu kami tinggal bersama mereka.. Biasa lah kan budak2 muda, mana ada 24 jam dok umah kalau cuti (dia masih belajar di kolej swasta). Jadi sebagai bapa dia rasa kesunyian bila adik kami tak ada di rumah. Tinggal abah dan emak aje.. tak byk benda yg mau diperbincangkan.... Mereka rasa sunyi, kemudian aku terfikir sendiri, adakah permasalahan begini dihadapi oleh semua org tua atau cuma ibu bapa aku sahaja... Aku sendiri, apakah persiapan aku dihari tua apabila anak2 ku mempunyai keluarga sendiri..
Lama kelamaan adik aku akan berkahwin, mereka akan tetap tinggal berdua juga... Aku tak tau macam mana nak memberi nasihat kerana aku sendiri pon belum mengalaminya. Aku ajak mereka tinggal bersama aku tapi mereka tak mahu... Huhuhu.... apa lagi yg boleh aku buat.....
LEDANG - Vokalis kumpulan rock XPDC, Mael mengaku salah di Mahkamah Majistret Tangkak di sini semalam atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya yang berusia 16 tahun di tangan dan kaki gadis itu pada 9 Mei lalu.
Penyanyi berkenaan atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 42, mengaku melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan Ahmad, Tanjung Agas pada pukul 7.30 malam Ahad minggu lalu.
Dalam kenyataan pihak pendakwaan, tertuduh telah memukul anaknya di bahagian kaki dan tangan menggunakan rotan dan tangan tertuduh.
Majistret Salina Omar kemudian menetapkan denda sebanyak RM500 sebagai hukuman setelah mendengar rayuan daripada tertuduh yang memberitahu dia mempunyai tanggungan lima orang anak.
Kisah kt atas tu membuat ku terfikir sejenak ~~~~
Mungkin ada sebab mengapa vokalis itu memukul anaknya, mungkin jugak ada sebab mengapa anak tersebut terpaksa membuat dakwaan terhadap bapanya.
Aku teringat masa aku kecil2 dulu, ibubapaku mmg akan memukul kami adik-beradik kalau tidak mendengar nasihat mereka. Aku teringat ada satu kisah yang agak menyayat hati. Ibubapaku menjalankan perniagaan kedai runcit. Aku bersekolah sessi pagi dan biasanya masa tengahari waktu zohor ke atas aku akan menjaga kedai tu sbb mak aku nk bersolat zohor dan melelapkan mata buat sekejap. Ntah mcm mana, satu hari tu aku mcm malas nk jaga kedai sbb asyik bermain dgn sepupu2ku. Bila mak aku menjerit suruh aku jaga kedai, aku ckp ari ni aku malas sambil menjelir lidah kt dia.. Tak tau mcm mana aku jadik begitu berani..huhuhu...
Apa lagi, menyiraplah darah org tua tu, dikejarnya aku dan bila dh dapat, ditambatnya aku kt pokok ceri. Ini kisah betul tau, bukan rekaan.. Dibiarkannya aku kt pokok tu sampai hari hujan. Mak sedara aku yg tinggal berjiran, menangis merayu supaya aku dilepaskan.. Tapi masa tu mak aku mmg berhati kering, dia kata ini balasan di dunia kalau anak menghina ibu, kalau di akhirat lagi dasat. Aku dibiarkan di situ sehingga bapa aku balik dr tpt kerja dan aku pon dibebaskan...
Dulu2 mcm mana zalim pon ibubapa kita, tak de la smpi nk mengheret ke muka pengadilan. Kalau difikir balik apa yg mak aku buat tu mmg patut pon, sebagai mengajar aku yg kira kurang ajar ni...cuma caranya ajelah yg nampak agak keras.. Mana ada ibubapa yang tak sayangkan anak2 nya.. yer tak?