As Salam,
Menyepi seketika, berblogging bila berkesempatan mencuri masa di dalam kesibukan tugas seharian di pejabat yg tak pernah putus. Tapi bak kata orang, demi sesuap nasi kita harus lakukannya dengan seihklasnya walaupun kadang2 tu rasa nk dok goyang kaki aje kat umah. Tunggu hubby kaya mcm abang terlajak laris tu laa baru boleh goyang kaki tp wife dia pon berbisnes jugak walaupun duit dh berkoyan2 dlm bank kan..
Baru2 ni pd 1/10/2015 aku ke Kuantan untuk bisnes trip. Ikutkan hati aku malas nak outstation ni tp sekali sekala akak kene lawat kawasan gak kan.. Pergi bersama dgn Sales Engineer aku Zabidi, so xyah lah aku drive ke sana. Destinasi pertama kami ke Pekan bandar di raja Pahang, ke sana utk melihat air compressor yg baru dihantar ke Hicom Automotive Manufacturers, pengilang kereta yg terbesar di Pahang.
|
Tu dia.. tersongeh membelakangkn mamat2 kat kilang tu.. |
Aku ke situ bagi menyaksikan sendiri pemasangan air compressor tu. Aku jer sorang perempuan kt compressor room yg panas dan bingit tu. Bila selesai kami ambil lunch dan terus menuju ke Gebeng dan Pelabuhan Kuantan. Fuhh!! mcm menuju ke planet Mars aje. MasyaAllah, teruknya lah tempat sekitar Kuantan bypass dari Balok ke pelabuhan. Ini adalah akibat dari pengeluaran
bauksit di kawasan Kuantan yg meningkat dgn mendadak.
Bauksit adalah bahan mentah utk menghasilkan aluminium yg ditarah di Bukit Goh dan dieskport ke China.
|
lori2 yg teramat byk mengangkut bauksit sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya |
|
jalan menuju ke pelabuhan Kuantan |
|
Lori pengangkut bauksit |
Kawasan kediaman di sepanjang jalan ke pelabuhan menjadi kotor dan berdebu merah yg menyebabkan pencemaran udara, air dan boleh mengundang masalah kesihatan pada penduduk setempat. Dalam satu kajian di Australia,
bauksit ini dikatakan boleh menyebabkan kanser paru2. Nauzubillah. Diharapkan pihak yg berwajib lebih peka akan keadaan ini. Kesian aku tgk kedai2 makan di tepi jalan yg dulu ramai pengunjung tp sekarang sepi. Sebagai seorg yg mempunyai otak, memang tak laa nak stop makan kat situ. So, tertutup sudah mata pencarian seorg peniaga makanan. Kesian juga melihat yg menghantar anak ke sekolah dan pekerja2 berhampiran yg menaiki motosikal. Aku yg duduk dlm kereta pun terasa sesak nafas, inikan mereka yg bermotosikal.
Adalah diharapkan agar aktiviti2 penarahan dan pengeksportan ini dilakukan dgn secara profesional dan tidak terlampau gelojoh utk mengaut keuntungan. Fikirkan lah juga akibatnya.