Click Me :)

Monday, September 21, 2015

Rombongan Cik Kiah ke Kuala Terengganu

As Salam,

Jumaat 18/9/2015 kami sekeluarga ke Kuala Terengganu bagi meraikan pernikahan anak saudara kami Heri & Aini Fatihah. Perjalanan ke Kuala T'ganu sekarang memang mudah dgn tersiapnya Lebuh Raya LPT 2, hanya mengambil masa 4 1/2 jam dari Shah Alam dan bestnya toll percuma lagi sehingga ke hari ini. LPT2 ni belum siap sepenuhnya, ada R&R yg belum dibuka dan tiada petrol pump pun sepanjang perjalanan tu. So, dinasihatkan sesiapa yg nak menggunakan LPT2 ni, siap2 isi minyak kat Kuantan dulu bagi mengelakkan perkara yg tak diingini berlaku.

Tp anak saudara kami dan rombongannya 7 biji kereta dan sebiji van bertolak dari Gopeng, Perak mengambil masa hampir 12 jam melalui jalan Cameron Highland - Gua Musang. Nasib baik mereka sampai sebelum time bernikah lepas isyak, kalau tak, tak taulah mcm mana. Kesian aje yg boleh aku katakan. Tapi biasa lah kan bila dh berkonvoi ramai2 tu, macam2 hal yg memaksa mereka berhenti nak ke tandas, makan2 dan juga sesat larat disebabkan tak biasa ke pantai timur. Nasib baiklah pihak pengantin perempuan menyediakan penginapan homestay yg agak selesa bg kami semua.

Ni homestay yg kami tinggal. Selesa jugak, setiap bilik ada aircond.
Akad nikah di Masjid Terapung Tengku Zaharah di Kuala Ibai, Kuala T'ganu. Dengan sekali lafaz sahaja, sah menjadi suami kpd Aini Fatihah

Orang kata kalau dh sampai Kuala T'ganu, mesti kene singgah ke Pasar Payang, so Sabtu 19/9/2015 pagi rombongan kami ke sana shopping sikit2 sebelum majlis persandingan. Kat sini aku dapat beli buah faveret aku duku langsat T'ganu dgn harga hanya RM2 sekilo, kat tempat aku mana nak dpt harga ni, RM6 you. Tak lupa juga kami memborong kerepok lekor Tok Molor yg memang terkenal dgn keenakkannya. Dah habis shoping baru kami ke rumah pengantin utk mkn nasi minyak.

Belanja satu picture pengantin, yg lelaki tu Mohd Zuhairi anak saudara aku.

Posing dulu sebelum balik Shah Alam

 Aku banyak snap picture2 sekitar penikahan dan persandingan aje, picture jalan2 shoping x sempat nk shoot sbb dh ralit shoping hihi..

Tuesday, September 15, 2015

LAVENDER ~ KAISON

As salam,

Segalanya tentang ungu. Apa2 yg berwarna ungu memang tercuit hati untuk memilikinya, kebetulan office mate nak ke Kaison, Paradigm Mall apa lagi aku kirim lah kat dia pokok bunga lavender palsu dalam pasu ni. Dah lama tengok2 kat instagram #Kaison ni tapi tak berkesempatan nak pergi lagi lepas beli wall paper hari tu.

Walaupun tak wangi tapi kejelitaan pokok ni tetap menjadi pujaan hatiku. Harga utk bunga lavender tu RM17.90 shj dan yg kecil tu RM9.90. Murah2 bunga kat Kaison ni, kalau pergi sana memang rasa nak beli semua..kehkehkeh..


Lavender ni tak la besar mana tp disebabkan gambar close up, nampak besar ler.. hehe

Monday, September 14, 2015

JEREBU OH JEREBU

As salam,

Jerebu tengah berluasa skrg.. area aku Shah Alam ni kira dh tak sihat jugak. Hari ni baca kt website DOE,  IPU dh mencecah ke 148 setakat pukul 11 pagi walaupun petang semalam hujan lebat. Kesian dengan mereka yg menghidap asthma lebih2 lagi kanak2. Kalau boleh kita elakkan lah dr berada di luar time2 mcm ni. Kalau terpaksa gak, eloklah pakai face mask dan banyakkan minum air putih.

Dalam keghairahan pasal jerebu ni aku terbaca status we chat budak2 ni..


Hahaha boleh lak dia buat lawak.. kalau IPU dh mencecah ke 200, sekolah2 akan diarahkan supaya tutup. Seronok lah budak2 ni cuti darurat. So perokok tegar n vapers mohon terasa.. Agak2 lah nk merokok tu, jauhi dr kanak2. Jangan mengasapkan lagi keadaan yg mmg dh berasap ni...hehehe

P/S: My prend Serikandi.. mintak izin publish muka u yg comei ni kat blog I ekk.. :)

Friday, September 11, 2015

Header Baru By Leya

As salam,

Tadaaa...


Cantik tak!! 
Nampak lawa nampak lawa dia pakai NV header baru..

Aku dapat header baru hasil keje designer cik leya yg teramatlah bermurah hati nak buat free of charge kat bloggers yg follow blog cik leya ni.. Cantik kan... Kak UV suka sgt2 design ni cik leya. Kalau kita dapat jumpa Kak UV belanja makan okayy.. Cuma aku tak reti macam mana nak kasi dia centre sikit. Kalau ada sesiapa yg tau boleh tunjuk ajar ku sifu.. hehehe


Thursday, September 10, 2015

Potret Family

Salam Khamis...

Banyak2 sudut kat rumah aku..aku paling suka kat sini... rindu terubat seketika bila menatap wajah2 keluarga tercinta yg jauh di mata tp dekat di hati..


"FAMILY"

~~ Family where life begins and love never ends ~~
** Family like branches of tree, we all grow in different directions, yet our roots remain as one** 
## Family the one you live with, laugh with and love ##

Tuesday, September 8, 2015

HAPPY 21ST BIRTHDAY

As salam,

Mode rajin mengupdate blog sudah mariii!!! Hari ni mata sikit kelayuan sbb hantar along ke KLIA 2 balik ke Kuching awal subuh td. Diam tak diam dia dh completed 2 thn di UITM Kota Samarahan, Kuching, Sarawak. Tinggal setahun aje lg dia kt sana.

Sebelum dia balik, hubby aku plan nk celebrate 21st birthday dia yg mana jarang kami lakukan utk dia n adik2 nye. Steamboat n bbq dinner utk mak, abah n adik bradik yg datang.. Aku sentiasa mendoakan semoga dia di panjangkan umur, sihat selalu, berjaya dlm apa yg dia ceburi, dimurahkan rezeki dan yg paling penting menjadi anak yg soleh.. Aminn


Ntah apa laa wish dia sebelum blow the candle.. 

Mereka ni sepupu2

ni part yg paling best.. steamboat kene asingkan. yg ada udang n yg xde.. takut ada yg kene masuk hospital lak mlm2 ni
tukang bako..

Friday, September 4, 2015

Cuti-Cuti Merdeka @ Pangkor

Haluuuu & As salam,

Moga semua ceria di pagi jumaat yg indah lagi barakah ini. Cuti Merdeka baru2 ni kami adik beradik berholiday ke Pulau Pangkor 3 hari 2 malam. Dh lama rasanya kami tak berkesempatan bersama2 berholiday. Masa cuti raya baru2 ni aku dh ke sini bersama family tp kali ni dgn mak, abah n adik beradik. Seperti biasa Pangkor ni bkn ada apa2 sgt tp sesuai utk relax n makan2.

Oleh kerana last minute booking, kebayakkan hotel n resort fully booked. Last2 kami berjaya mendapatkan tempat yg cukup ukt kami n kira selesa jugak di Purnama Beach Resort, Teluk Nipah. Cuma yg tak berapa nk puas hati harga makanan mahal laa kat sini...

Tak byk gambar yg kami snap kan, maklumlah aku ni skrg mmg dh malas nk berselfie2 ni. Ok meh layan gambar2 yg sempat kami snapkan..

Jetty Marina Island.. kejap aje naik feri ke pangkor

Sebahagian dr kami dr dlm feri @ Jetty Marina Island
Sampai2 terus terjah kolam


Opah melayan cucu2 berenang


Lompat jgn tak lompat kehkehkeh