Click Me :)

Thursday, April 25, 2013

Adam AF2 Sudah Berubah?

As Salam,

Lama kita tak dengar berita mengenai Adam AF2 ni kan.
Tau-tau rupanya beliau kini dh berubah/berhijrah..
Alhamdulillah..
Sebelum ini ada khabar yg mengatakan bahawa
beliau mempelajari ilmu perubatan islam.

Adam memberikan ceramah di Kem Ibadah Muthmainnah baru2 ini


Tapi andai benar Adam AF2 kini selangkah ke arah kebaikan, 
untuk berubah dan keluar dari dunia yg agak melalaikan, 
kita ucapkan tahniah dan selamat maju jaya untuk Adam AF2.




Tuesday, April 23, 2013

Wajah Seiras (Lawak)

As Salam,

Kenal tak wajah2 dlm gambar di bawah ini? 


Hampir serupa kan? 
Gambar Jepp Sepah tu tak leh blah lah ...hehehe

Baim Wong

As Salam,

BAIM WONG!! 
-
-
Ke mana menghilangnya jejaka tampan dari seberang ni? 
Lama dah rangkaian tv Malaysia tak menayangkan sinetron beliau. 
Terasa rindu lak dengan senyuman mengoda dia tu.. hahahaha.. 


Dgn sinetron Benci Bilang Cinta lah aku mula kenal dia.
Bila sinetron ini di tayangkan dulu, aku  tak sabar nk tunggu
episod seterusnya di tv, so aku layan kt youtube jer.
Siang kt ofis, malam kt umah lak.. memang berhantu citer tu..
Dengar citer sejak dia berpisah dgn Marshanda, dia 
masih solo sehingga ke hari ni... 
Kesian dia kan..

Friday, April 19, 2013

Siapa Selalu Terkena

As Salam,

Recycle Reuse mmg baik
Tapi AWAS kadang2 terkena gak
Jangan cakap anak
maknya yg menyimpan pon kadang2 terlupa
huhu....
-
-
-
-



Tuesday, April 16, 2013

Penyanyi Alyah Kini Bertudung

As Salam,


Penyanyi popular, Alyah telah mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

"Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya.

"Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah kebaikan.

"Saya percaya apa yang dilakukan sekarang ini adalah untuk masa depan sendiri. Sebelum ini saya tercari-cari dan tertanya-tanya dengan pelbagai nasib buruk yang menimpa ke atas diri saya," ujar Alyah yang dipetik daripada mStar Online. 

Friday, April 12, 2013

Kapsul Figure Up

As Salam,

Salam Jumaat untuk semua. TGIF....esok n lusa cuti yeahhh!!! Mood biasalah...mcm malas jer nak buat kerja. Aku nak share something dengan korang semua. Hari ni aku start makan kapsul buang lemak jenama Figure Up yang mudah, cepat dan selamat (diadun sempurna dengan 100% bahan semulajadi) yang dijual oleh rakanku yuka comei. Berat badan aku bukanlah teruk sangat tapi disebabkan tak exercise perut aku jadi macam orang mengandung 3 bulan. Nak pakai baju apa pon tak nampak cantik, macam terjojol aje perut tu.




Sebelum ni aku ada makan kapsul acaiberry, memang berkesan sehingga dapat mencapai berat yg diidamkan (52kg) tapi sejak keluar statement cakap kapsul tu tak selamat aku jadi takut nak consume. Hari ini aku timbang berat badan aku 56.5kg. Sebelum breakfast tadi aku dah telan sebiji, sehingga ke saat ini aku terasa amat dahaga. Dari tadi aku banyak minum air putih, ini memang keperluan utama untuk cepat turunkan berat badan.

Nanti aku akan update dari masa ke semasa tentang berat badan aku ini. Kalau betul2 berjaya aku ingat nak jual jugaklah kapsul Figure Up ni sebab harga dia pon kira berpatutan , boleh jugak menambah pendapatan keluarga.



Wednesday, April 10, 2013

Tarikh Mengundi PRU13 - 5 Mei 2013

As Salam,

5 Mei 2013 akan mencipta satu lagi rentetan sejarah negara. 
Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada tarikh ini.
Bermulalah kempen2 parti politik.
Yang paling best masa sebelum nak pilihanraya ini ialah perang bendera. 
Memang meriah, macam2 bentuk dan kaler ada. 
Wakil2 rakyat memang sahlah bz giler time ni.
-
-
-
Bagi yg layak mengundi tu, jalankanlah tanggungjawab 
anda semua. 
Tak payahlah nak kutuk dan maki org ni org tu...tepuk dada tanya selera makan... 
semuanya dah terbukti. ;) 


Monday, April 8, 2013

Movie Dua Kalimah

As Salam,

Korang dah tgk tak movie Dua Kalimah? Aku plan nak pergi tengok hari Ahad lepas tapi kesihatan hubby tak mengizinkan. Di sebalik tabir movie ni macam best aje, lebih ke arah Islamic sikit. Cerita2 macam ni semakin disukai ramai... ada ala2 citer Tanah Kubur pulak.  Lagi pon yang paling penting adanya Shaheizy Sam (baru jer memenangi anugerah bintang paling popular ABPBH 2012 semalam)



Jom kita tgk Sinopsis 2 Kalimah ni

2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?

Pelakon 2 Kalimah: Shaheizy Sam ,Nora Danish,Wan Hanafi Su,Yana Samsudin,Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar dan Mikael Andre.


terima kasih pada anizyn.blogspot.com utk sinopsis ini.


Semoga sesiapa yang menyaksikan movie ini akan enjoy dan mendapat serba sedikit pengajaran buat diri sendiri.


Wednesday, April 3, 2013

Najib Bubar Parlimen ~ Tarikh PRU-13?

As Salam,

Akhirnya segala penantian terjawab sudah. 
Parlimen telah dibubarkan pada hari ini. 
Dengar kata hari mengundi akan jatuh pada 27hb April ni,
betul ke? 
So, sebagai rakyat Malaysia yg berhemah, lakukan lah
tanggung-jawab anda semua dgn sewajarnya.
Masa depan negara terletak ditangan anda. 
Jangan tersilap langkah yer, padah menanti.. hehehe...

JOM SAMA2 KITA PAKAT MENGUNDI.
SELAMAT MENGUNDI