Click Me :)

Tuesday, August 24, 2010

~~Mercun & Hari Raya~~

Salam,

Kalau ada hari raya mesti ada mercun dan bunga api. Takder benda2 ni mcm tak sah raya jadiknya. Tapi yg paling sadisnye, hampir hari2 ada jer citer kanak2 cedera dan ada yg meninggal dunia akibat bermain mercun ini. Yang paling menyayat hati sehingga ke saat ini ialah cerita di Kuala Terengganu, bagaimana seorg kanak2 mati sehingga mayatnya terpelanting ke dahan pokok akibat impak dr letupan yg amat dasyat sehinggakan ada saksi mengatakan boleh didengar sejauh 4km.

Pelbagai tindakan dan pengawalan perjualan mercun ini dilakukan oleh pihak berkuasa tp masih senang didapati dipasaran. Tapi bagi aku, pengawasan dr ibu bapa adalah jalan yg paling berkesan dlm menangani permasalahan ini. Pastikan di mana anak anda berada. Kalau nk main bunga api pon biarlah di bawah pengawasan anda... Biar kita menangis sekarang kerana memukul anak tetapi janganlah kita menangis kemudian hari meratapi kesengsaraan yg mereka tanggung.

Sunday, August 22, 2010

~~Pedih Ulu Hati @ Gastrik~~

Salam,


Hari ni InsyaAllah dh 12 hari kita berpuasa. 
Dari lepas bersahur tadi aku rasa tak selesa aje perut ni, pedih ulu hati. 
Rasa nak muntah pun ada. 
Kawan aku cakap kalau tak tahan, batalkan aje puasa ni, takut melarat pulak.
Tapi akan aku gagahkan jugak untuk berpuasa hari ini sebab ini bukan alasan untuk aku ponteng puasa.
InsyaAllah.....


Thursday, August 19, 2010

~~Sup Gearbox~~

Salam smua,

Korang suka tak makan sup gear box. Semalam aku berbuka puasa kat Paksu Corner di Sec 16, Shah Alam. Untuk keterangan lanjut sila klik sini . Bagi yang suka makan sup, kat sini boleh dikira power gak ler rasa sup dia. Ada berbagai juadah disajikan, dari masakan ala kampung dan juga western food.

Anak bujang aku tengah menyedut sum2 tulang....
harga buffet kt sini not bad.. makanan dia pun sedap gak..

Kalau yang stay kat  area Shah Alam ni, boleh cuba (cewaahhhh mcm ada share) sebab selain dari harga buffet yang murah, tempatnya selesa dan ada kemudahan surau.. Rasanya sebelum habis puasa ni aku nak pergi sekali lagi sebab puas hati laa dgn masakan yg disajikan.

Sunday, August 8, 2010

~~Bekam bukan Beckham~~

Salam,

Bekam adalah satu rawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaedah saintifik dengan mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

 Kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:
1. Membuang angin dalam badan
2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan
3. Melancarkan peredaran darah
4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat
5. Membuang racun / tosik dalam badan.

Hubby aku telah terpanggil untuk mencuba kaedah perubatan ini untuk rawatan slip discnya setelah direkemenkan oleh rakan beliau. Rawatan ini dilakukan oleh seorang doktor dari Korea bernama Dr. Kim. Beliau beragama Islam dan berkahwin dengan rakyat tempatan dan mengusahakan klinik beliau sendiri di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Antara keratan akhbar yg terdapat di rumah Dr. Kim


Dr Kim sedang memerhatikan darah kotor yg terhasil dr kaedah bekam ini.
Darah kotor yg terhasil berbuih2 dan ini adalah sesuatu yg tidak baik katanya.
Apabila gelas itu dibuka, darah kotor yg terhasil agak pekat dan berketul..
 Menurut Dr. Kim, jika lambat menerima rawatan hubby aku boleh diserang stroke. Jarang sekali dia berjumpa dengan kes seperti hubby aku ini. Aku sendiri dapat melihat perbezaan yg ditunjukkan oleh Dr. Kim, kerana rakan hubby aku juga melakukan rawatan ini dan darah yg terhasil amat berbeza. Beliau mengatakan bahawa rakan hubby aku itu tidaklah seteruk mana berbanding dgn hubby aku..

Aku amat berharap agar rawatan ini dapat menyembuhkan penyakit yg dihidapinya ini. Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya dr yg Esa...






Sunday, August 1, 2010

~~Makan Deghoyan Ler Pulokk~~

Salam smua,

Korang suka makan durian tak? Aku ni bukanla hantu durian sgt, tp aku ada cerita disebalik buah durian nih.. Dulu2 aku mmg suka giler makan durian ni, apa2 yg ada kaitan dgn durian aku suka. Ntah mcm mana ada satu hari tu, kat kpg ada lah satu rumah sedara sebelah abah aku buat pulut durian. Aku punyala suka dgn pulut durian ni, makan tak hengat org dh... Lepas je mkn pulut durian tu, esoknya aku demam, mungkin makan banyak sgt kot. Lepas je dr hari tu, jangankan makan durian, baunye pon aku tak tahan, rasa loya tekak aku nih..

Lama gak la aku menanggung sakit bencikan durian ni, tp semenjak dua menjak ni suka balik makan durian. So tak la rugi lagi rasanye.. Tetiba teringin lak nk mkn durian bersama2 dgn mak, abah n adik beradik smua. Sempena ari cuti semalam kami sekeluarga pergi ke Kpg Jahang di Gopeng, Perak (kpg hubby aku) utk menikmati durian yg fresh dr dusun. Mmg sedap durian Gopeng nih, lain mcm rasa dia, aku suka yg ada rasa pahit manis tp klu lemak berkrim tu kureng sikit... Bila kopek dpt jer yg pahit2 tu mesti pas kat aku.

Aku dan hubby
Adik-adik aku tgh menikmati buah durian..
Abah dan adik