Click Me :)

Monday, May 31, 2010

~~Hari Tua~~

Salam,

Sudah menjadi kebiasaan kami adik beradik akan berkumpul di rumah mak pada masa hari cuti. Macam2 kerenah kalau dah berjumpa ramai2. Tapi semalam masa kami berkumpul, tiba2 abah aku menyuarakan permasalahan dia.....

Adik bongsu kami tinggal bersama mereka.. Biasa lah kan budak2 muda, mana ada 24 jam dok  umah kalau cuti (dia masih belajar di kolej swasta). Jadi sebagai bapa dia rasa kesunyian bila adik kami tak ada di rumah. Tinggal abah dan emak aje.. tak byk benda yg mau diperbincangkan.... Mereka rasa sunyi, kemudian aku terfikir sendiri, adakah permasalahan begini dihadapi oleh semua org tua atau cuma ibu bapa aku sahaja... Aku sendiri, apakah persiapan aku dihari tua apabila anak2 ku mempunyai keluarga sendiri..

Lama kelamaan adik aku akan berkahwin, mereka akan tetap tinggal berdua juga... Aku tak tau macam mana nak  memberi nasihat kerana aku sendiri pon belum mengalaminya. Aku ajak mereka tinggal bersama aku tapi mereka tak mahu... Huhuhu.... apa lagi yg boleh aku buat.....

Tuesday, May 18, 2010

~~Pukul Anak Kena Denda~~

LEDANG - Vokalis kumpulan rock XPDC, Mael mengaku salah di Mahkamah Majistret Tangkak di sini semalam atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya yang berusia 16 tahun di tangan dan kaki gadis itu pada 9 Mei lalu.
Penyanyi berkenaan atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 42, mengaku melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan Ahmad, Tanjung Agas pada pukul 7.30 malam Ahad minggu lalu.
Dalam kenyataan pihak pendakwaan, tertuduh telah memukul anaknya di bahagian kaki dan tangan menggunakan rotan dan tangan tertuduh.
Majistret Salina Omar kemudian menetapkan denda sebanyak RM500 sebagai hukuman setelah mendengar rayuan daripada tertuduh yang memberitahu dia mempunyai tanggungan lima orang anak.


Kisah kt atas tu membuat ku terfikir sejenak ~~~~

Mungkin ada sebab mengapa vokalis itu memukul anaknya, mungkin jugak ada sebab mengapa anak tersebut terpaksa membuat dakwaan terhadap bapanya.

Aku teringat masa aku kecil2 dulu, ibubapaku mmg akan memukul kami adik-beradik kalau tidak mendengar nasihat mereka. Aku teringat ada satu kisah yang agak menyayat hati. Ibubapaku menjalankan perniagaan kedai runcit. Aku bersekolah sessi pagi dan biasanya masa tengahari waktu zohor ke atas aku akan menjaga kedai tu sbb mak aku nk bersolat zohor dan melelapkan mata buat sekejap. Ntah mcm mana, satu hari tu aku mcm malas nk jaga kedai sbb asyik bermain dgn sepupu2ku. Bila mak aku menjerit suruh aku jaga kedai, aku ckp ari ni aku malas sambil menjelir lidah kt dia.. Tak tau mcm mana aku jadik begitu berani..huhuhu...


Apa lagi, menyiraplah darah org tua tu, dikejarnya aku dan bila dh dapat, ditambatnya aku kt pokok ceri. Ini kisah betul tau, bukan rekaan.. Dibiarkannya aku kt pokok tu sampai hari hujan. Mak sedara aku yg tinggal berjiran, menangis merayu supaya aku dilepaskan.. Tapi masa tu mak aku mmg berhati kering, dia kata ini balasan di dunia kalau anak menghina ibu, kalau di akhirat lagi dasat. Aku dibiarkan di situ sehingga bapa aku balik dr tpt kerja dan aku pon dibebaskan...

Dulu2 mcm mana zalim pon ibubapa kita, tak de la smpi nk mengheret ke muka pengadilan. Kalau difikir balik apa yg mak aku buat tu mmg patut pon, sebagai mengajar aku yg kira kurang ajar ni...cuma caranya ajelah yg nampak agak keras.. Mana ada ibubapa yang tak sayangkan anak2 nya.. yer tak?




Tuesday, May 11, 2010

KaTaK

Salam,

Katak.... eeeiiiii geli aku.. Aku memang takutkan haiwan bernama katak nih. Kalau aku nampak katak, aku sanggup berdiri kt atas meja atau tpt yg paling tinggi. Aku geli melihatkan keadaan fizikal kulit badannya yg mengerutu, licin dan berair dan seakan mau melompat ke arah aku.

Kegelian aku kat katak ni bermula dr aku kecik2 lagi. Aku pernah disakat oleh abah aku. Masa tu seingat aku berlaku pada malam hari. Abah aku meletakkan kulit jering ditelapak tangan dia dan menyuakan ke arah aku. Aku punyala terkejut dan takut terjerit2, esok paginya aku demam dek takutkan katak tu.

Masa aku sekolah dulu, aku rajin gak pegi library. Aku suka tgk majalah National Geography, kadang2 tu terambil magazine ttg haiwan nih.. selak2 aje, mcm2  jenis rupa ada.. mula2 tegak bulu roma aku tgk haiwan nih.. nak2 ada mcm2 kaler... Kadang tu kawan2 aku suka menyakat, buka page yg byk gambo katak nih.. huhu..

Ada sekali tue, aku pergi ke rumah abg ipar aku di Batang Berjuntai (sekarang nama dh glemer beb Berjuntai Bestari). Hari dh petang, so aku pon pergilah ke bilik air utk mandi. Sedang aku bershampoo membuat urutan rambut, tiba2 aku ternampak seekor katak tgh memandang tekun aku mandi... Fuhhh.. apa lg laaa... aku capai tuala dan bukak langkah seribu. Dlm kepedihan syampoo tu aku ttp berlari keluar jugak. Masa tu dh tak kira malu dah.. Lepas diclearkan oleh hubby aku, barulah aku sambung mandi...

Lagi satu, hobi hubby aku suka memancing. Kalau balik kampung, dia suka memancing haruan. Haruan, umpannya apa lagi kalau tak katak.. Bila dia singgah beli katak tu, idaklah aku berani menjenguk.. Manalah tau, tiba2 melompatlak katak tu ke arah aku.. Minggu lepas, aku balik kpg lg, hubby aku singgah ke satu kedai menjual alat2 memancing di pekan Kampar. Dr jauh aku dh npk sign board tulis "Disini ada KATAK".. hahahaha.. memang tak bg aku masuk kedai dia tue...So aku duduk diam2 di dlm keter aje laa.. heheheh...

Sekadar gambar hiasan..





Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day

Salam smua,

Hari ni Hari Ibu.. 
Aku ucapkan Selamat Hari Ibu buat smua ibu2.
Jasa pengorbananmu & kasih sayangmu amat kuhargai 
& kukenangi
Aku ada kerana kau adaaaa......
Terima kasih mak...





Thursday, May 6, 2010

Mee segera bukan penyebab kanser?

Salam....

Setiap kali memakan mee segera tak kiralah apa brand pun, aku seringkali dihantui perasaan takut akan kesan sampingannya. Anak2 aku terutama yg sulung tu mmg suka mkn mee segera nih. Bila selalu sgt, mulalah bising mulut aku, marah dan mengingatkan tentang keburukannya..

Tapi keluar lak statement dr Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser. Menurut mereka tiada bukti saintifik membuktikan ianya penyebab  pelbagai penyakit. Wahh... mcm tak percaya lak ada statement begini. Biar betul!!!

Kalau mcm tue, bolehlah aku simpan stock kt ofis byk2. Kalau malas nak keluar lunch, makan aje mee segera. Tapi walau apa pun yg kita makan, biarlah berpada2, jangan over2 dah ler.. Tepuk dada tanya selera...


Gambar ehsan dr Kosmo







Tuesday, May 4, 2010

Pijak Isteri Hingga Mati~~~ Apa nk jadi daaa

Tergamak sungguh seorang suami melakukan smua ini disebabkan oleh perasaan cemburu.... Di manakah letaknya nilai kemanusiaan hingga nyawa jadi pertaruhan... Memang salah isteri beliau kerana berbual dgn lelaki lain tp bagi aku bukankah benda2 sebegini boleh dibawa berbincang sebelum melakukan sesuatu yg boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan~~~ Luangkan sedikit masa kalian utk membaca artikel yg dipetik dr Harian Metro ini.....

KUALA LIPIS: Akibat gagal mengawal perasaan cemburu buta selepas melihat isteri bersembang dengan kenalan lelaki melalui telefon bimbit, seorang suami memijak perut, dada, kepala dan paha wanita itu sehingga maut di Ladang Selborne, Padang Tengku dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Rosmawati Abd Rahman, 39, yang mempunyai enam anak berusia dua hingga 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebelum kejadian, si suami yang kebetulan berada di rumah diberitahu anaknya berusia 12 tahun, mangsa sedang bercakap dengan seorang lelaki melalui telefon bimbit.


Difahamkan, lelaki terbabit yang ‘panas telinga’ selepas dimaklumkan demikian menghampiri isterinya sebelum merampas telefon bimbit berkenaan. Pertengkaran tercetus apabila mangsa tidak puas hati tindakan suaminya sebelum lelaki itu menolak isterinya hingga tersembam ke lantai.Tidak cukup dengan perlakuan ganas seperti haiwan, si suami kemudian memijak perut, dada, kepala dan paha sehingga mangsa meraung kesakitan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, lelaki itu kemudian mencekik leher dan menghantuk kepala isterinya ke lantai sebelum wanita itu dilaporkan tidak sedarkan diri.
Menurutnya, anak mangsa yang menyaksikan kejadian menyayat hati itu segera menghubungi kakaknya untuk meminta bantuan selepas melihat ibunya tidak sedarkan diri. Katanya, siasatan mendapati, setiba di rumah, anak perempuan mangsa mendapati ibunya terbaring berlumuran darah di kepala. Ibrahim berkata, melihat isterinya tidak sedarkan diri, lelaki itu melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum kejadian itu disedari penduduk kampung.

“Laporan berhubung kejadian itu dibuat penduduk kampung di Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, pada jam 6.15 petang kelmarin dan pemeriksaan dijalankan pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis (HKL) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. “Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat pagi ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, polis sudah menubuhkan pasukan khas termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan untuk memburu suspek berusia 46 tahun di sekitar daerah ini dan Mempaga, Bentong.

Monday, May 3, 2010

Bisnes

Salam,

Ini adalah bisnes hubby aku dikala ini. Dia masih MC lagi disebabkan sakit 'slip disc' dia tu. Sudah hampir 1 bln dia diberi cuti rehat dan minggu lepas last check up dia dgn doktor, dia masih diarahkan utk berehat lg. Jadi bagi mengisi masa lapang, dia berniaga kecil-kecilan dgn menjual accessories memancing seperti umpan, mata kail dan sebagainya di kolam di mana tpt dia selalu memancing.

Masa dia MC nih, aku suri rumah yg paling bahagia sbb aku tak payah lagi bersusah2 utk memasak di pagi hari sbb kerja ini diambil alih oleh hubby aku. Dia tu kira terer gakla memasak smpi adakalanye anak2nya memuji masakan dia, walaupun sempoi tapi sedapp...

Selain itu jugak, aku takyah lah drive ke tpt keje walaupun jarak dr rumah aku ke tpt keje hanyalah lebih kurang 15 km aje.Seronok tau ada driver nih, boleh gak mkn kuaci klu jln jam..hehehe..

Tapi apa2 pun aku berharap agar hubby aku cepat sembuh dr penyakitnya itu. Dan kalau dia dh start keje, terpaksalah aku menjalankan rutin harian ku seperti biasa...








Sunday, May 2, 2010

Anak sedara baru

Selamat datang ke dunia baru girl.......
Pada tanggal 1 May 2010 bersamaan dgn Hari Pekerja 
adik aku Azura telah selamat melahirkan 
baby girl bernama Aireesh Sofeya setelah berjuang hampir 6 jam... 
Alhamdulillah kedua-duanya selamat...


Welcome to your new world baby..