Click Me :)

Wednesday, March 31, 2010

Ole-Ole dari Jakarta oleh Yuka-Luv

INI ENTRY STICKY MODE,SILA SKROLL KEBAWAH UNTUK ENTRY TERBARU.


Salam semua....sempena program jalan-jalan cari makan yuka ke Jakarta/Bandung pada 12-16 Mac 2010 ini, yuka berhasrat untuk membeli cenderamata untuk diberikan kepada pengunjung blog yuka-luv ni...namun demikian tak dapat la yuka nak bagi kepada semua....( biasalakan masalah bajet pastu masalah nak bawak banyak2)..untuk berlaku adil...pemberian akan dibuat melalui cabutan bertuah...

Hadiah untuk pemenang cabutan bertuah ini tak dapat la nak ditunjuk buat masa ini...(sebab baru nak pi cari kat Jakarta/Bandung nanti )

Sebanyak 3 hadiah akan disediakan untuk pemenang dan 1 hadiah untuk referer tertinggi..

Sangat mudah untuk menyertai cabutan bertuah ini...tiada slogan diperlukan...bukti pembelian juga tidak diperlukan...( macam cabutan di supermarket daa...)

Untuk melayakkan nama anda dimasukkan dalam senarai cabutan bertuah, anda hanya perlu buat perkara-perkara berikut:

1. Buat 1 entry mengenai cabutan bertuah ini dengan menggunakan tajuk Ole-ole dari Jakarta oleh Yuka-Luv. Entry itu mesti dibuat sticky mode sehingga tarikh tutup peraduan ini.

2. Sila maklumkan entry yang telah siap dibuat kepada yuka dengan meninggalkan link anda diruangan komen di entry ini...

3. Sila nyatakan referer anda bagi cabutan bertuah ini.

4. Tarikh tutup Cabutan bertuah ini ialah pada 31hb Mac 2010 pukul 11.59pm

5. Cabutan akan dibuat secara telus dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

6. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia ( bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara pun boleh menyertai cabutan bertuah ini...tetapi hadiah akan diposkan kepada waris2 atau kawan anda di Malaysia )

Senangkan nak menang hadiah...jadi apa tunggu lagi...




Sunday, March 28, 2010

Lawak nama Jepun

Kalau yang sedang boring-boring tu... tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, aweks, boyfriends dan lapar dahaga saja... apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni...
 

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJACI CARIMATI
 

Monday, March 22, 2010

Mengapa Mengantuk Selepas Lunch?

MENGANTUKNYA!

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. 
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

.Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
.Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
.Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
.Tekanan darah menurun
.Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
.Lesu pada waktu siang
.Sakit belakang
.Dehidrasi
.Sakit kepala
.Memperlahankan kadar metabolisma
.Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
.Sendi dan otot mengalami kekeringan
.Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
.Meningkatkan keinginan untuk makan
.Darah menjadi pekat
.Mudah keliru.
.Degupan jantung meningkat
.Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan


Sunday, March 21, 2010

Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya

Salam semua.

Sempena cuti hujung minggu ini, aku n family telah bersantai di Putrajaya utk menyaksikan Fiesta Belon Udara Panas 2010. Kami sampai di sana agak awal kerana dr website Fiesta tu cakap nak naik belon time dia dr kol 8 pg ke 11 pg and second round pada 4 ptg - 9 ptg.. So petang malas la nak pegi sbb budak2 dh start sekolah besok..

Sampai aje kt sana, tgk dh ramai org beratur nk naik belon tu..Tp yg tak best tu, belon tu kena ikat so dia tak naik tinggi. Bila anak tengok mcm tu dia pon takmo naik. Bukan apa, dh ler kena beratur panjang, pastu belon tak naik tinggi...

Pastu kami jln2 disekitar sambil bergambar. So tgk ler gambar2 di bawah yg sempat aku uploadkan..









Thursday, March 11, 2010

Diet Oh Diet

Salam semua.. Kali ni aku nk share something dgn u all smua. Diet...perkataan ini lebih sinonim dgn wanita. Korang nak tau tak dulu aku gemuk. Cuba bayangkan dgn ketinggian aku yg hanya 147cm tp berat aku ialah 58kg. Aku bagai dikejutkan dr tidur yg lena bila aku melihat gambar2 yg aku ambil semasa di Gold Coast dulu. Sekembali dr situ aku berazam ingin menguruskan badan aku nih.. Korang tengok la pic aku masa gemuk ni..

Formula aku senang aje tp yg paling aku rasa penting ialah keazaman kita nk kurus.. Nak tau mcm mana aku berjaya menguruskan badan aku (takla sekurus mana pon... sedang2 aja hehehe...). Aku tidak mengamalkan apa2 ubat untuk kurus. 

Cara permakanan sebegini aku amalkan semasa hari2 bekerja sahaja. Kalau hari2 cuti mmg payah nk berdiet sbb byk sgt dugaan. Maklumlah anak2 sedang membesar, nak makan sedap2 jer, so kena ikut la kerenah mereka.


  • Pagi2 aku akan minum secawan-dua air manis contohnye nescafe atau milo.


  • Lebih kurang pukul 11.00 pagi, aku akan makan oats bercampur milo. Aku akan skip lunch sbb bila lunch hour mmg perut kenyang lagi masa tu. Biasanye aku akan minum byk air suam.


  • Aku akan rasa kenyang hinggalah ke petang, tapi kalau aku rasa lapar aku akan membuat nescafe atau milo 1 mug.


  • Bila balik dr ofis, biasanye pukul 7 mlm aku akan terus makan dinner sbb sebaiknya time tuk dinner ialah sebelum pukul 7.30 mlm. Lepas tu no supper at all.

Akhirnya dgn formula aku sendiri ni aku berjaya menurunkan berat badan aku ke 51kg sekarang dlm masa lebih kurang 7 bulan.. Sekarang aku hanya perlu maintain berat aku nih dgn cara permakanan yg sama tapi ada gakla keluar lunch sbb klu kurus sgt tak best lak rasanye. Korang tgk sendirila perbezaannya..


Apa kata saper2 yg merancang utk menguruskan badan tue cuba teknik2 aku ni, takyah lah membuang duit pegi slimming course ker.. buat abis duit jer.. hehehe...


Selamat Mencuba...

Monday, March 8, 2010

Peranan...

Menjadi suami bkn bererti RAJA. Menjadi isteri bkn bermaksud HAMBA. Menjadi ibu pula
 bkn bererti KUASA. Siapa pun kita, semuanya mempunyai kedudukan serupa, hamba-Nya
yg mempunyai peranan, tanggungjawab dan amanah bukan saja kpd Dia yg Maha Esa
sebaliknya kpd diri sendiri, sesama manusia malah sesama makhluk di sekeliling kita.
Lantas, dlm apa jua keadaan & keputusan, jgn Dia dilupakan!!

Aku suka statement nih dr Pn Suzana Ghazali (editor dr Mingguan Wanita).. just add dia kt facebook..

So, marilah kita renung2kan bersama...

Saturday, March 6, 2010

Mintak tolong sikit...

 
Kalau view thru Internet Explorer dia jadik mcm nih..


Kalau view thru Firefox macam ni lak..

Eeeee.... geram betul..
Aku ada sikit masalah laa.. Aku dh post citer kt bawah ni pasal Gold Coast ni kan.. 
Tapi kenapa la jadik gini..
Kalau aku view thru Firefox, design dia laen tp kalau aku view thru Internet Explorer laen pulak.
Kat Firefox dia ikut mcm yg aku set masa nk publish tp bila view kat Internet Explorer pictures dia jadik kembang. 
Ada saper2 tau ke apa sebab benda ni tak...

Friday, March 5, 2010

Makan Angin di Gold Coast, Australia...


Salam Semua...

Kali ni aku nak citer pasal pengalaman aku berjalan2 ke Gold Coast, Australia.. Aku kira beruntung gak keje dgn company ni sbb dapatlah aku merasa jenjalan ke overseas. Byk gak tpt dh aku kunjungi Bali, Bangkok, Hong Kong, Beijing, Kunming dan 2 thn lepas ke Gold Coast. Thn lepas tak ke mana2 sbb takder budget, so thn ni mcm ada plan ajer.. yeahhh melanconglah lg aku..

Kita org pegi ke Gold Coast ni  pada pertengahan bln March 2008. Bertolak dr sini malam dan smpi sana pagi.  Dengan tak gosok gigi nye (mandi jgn ckpler) kami smua g breakfast dan trus g mengejutkan kangaroo kat Paradise Country.. Mana taknyer, kangaroo pon tido lg masa kami smpi sana..hehehe..







Hari kedua kami gi Warner Bros Movie World bukan Mawi World tau.. jgn tersalah baca.. Kat sini fuhhh best giler tuk aku yg giler ni.. Tak sangka aku berani naik roller coster yg klu tgk dr bawah mcm nk tercabut nyawa. Aku sebenarnya tak brani, tp disebabkan perasaan ini mencuba aku pon tryla. Sepanjang dlm roller coster tu aku cuma pejam mata... so aku tak taulaa apa yg ada kt depan, org jerit aku jerit.. hahahha... Hampir sehari suntuk kami di situ.. Walaupon letih tp aku rasa seronok sgt... rasa dunia ana yg empunya..lalalala... Pada hari ketiga pulak, kami pergi kedua-tiga tpt yg ok2 jer tak byk benda nk diceritakan.



Hari last aku kat sana tu free and easy, so its time for  shopping.. Tp aku tak la shopping sakan sbb benda2 kt sana byk made in China. Aku adalah beli sikit souvenier tuk family.. Tapikan sepanjang 4 hari kt sana aku rindukan masakan M'sia. Hari2 mkn makanan omputih tak larat lak rasanye. Kalau dok lama kt oversea mau kejung badan aku ni gamaknye..So aku ajakler geng2 aku g cari restoren M'sia. Nak tau.... aku order nasi goreng ikan masin, harganye bila dh convert duit M'sia bersamaan dgn 45 henggit...huhu takperla.. dh kempunan nk wat mcm manakan, order ajelaa... Terubat rinduku pada masakan tanahair ku masa tu.. shee fok saii...



Banyak2 kedai yg aku pergi, kedai ni la yg paling ramai customer lelaki. Disebabkan perasaan ingin
tau, aku pon menerjahler kt dlm. Fulamak... hampir kesemua benda 18SX.





Itu jer yg dpt aku ceritakan, maklumlah dh 2 thn lepas kan...blum sempat nak upgrade ram lg.. hehehe.. 


Tuesday, March 2, 2010

Blog oh Blog

Salam semua... Tolong Aku.. Bantu Aku......

Aku nih dh terkena penyakit berblog laa...

Dulu kegilaan aku berface book..

Face book skrg ni aku jengah sekali-kali ajer..

Tapi blog, tiap saat dan ketika aku nak tengok...

Adusss.. sudah angau ke aku nih...

Aku suka klik F5 tuk tgk iklan2 (masyuk beb), sampai ada
ketika nye bila aku wat keje2 ofis kt excel pon aku klik F5.. 

Kawan aku kata facebook tak masyuk tp blog masyukk.. hehehee
betul tuuu.

Sampai bilakah kegilaan aku ini akan berakhir.............

Monday, March 1, 2010

Tag Dari Yuka

Hadooii.. ada lak tag2 ni ekk, aku bukan reti sgt benda2 ni tp utk tidak menghampakan kawan ku ini, aku cuba jawab mana yg mampu...

Soalan pertama : MAKANAN
Aku suka something yg berkuah, pedas dan sikit masam2. Senang citer aku paling suka meehoon sup atau meehoon celup. Pagi petang siang malam pon aku sanggup..

Soalan Kedua : BAHAN BACAAN
Aku suka baca majalah2 kekeluargaan mcm Mingguan Wanita, Anjung Seri dan surat khabar harian ler.. Aku baca majalah2 ni masa tunggu hubby memancing, boring jer klu mengadap kolam tu. So baik wat benda berfaedah mcm ni kan...

Soalan Ketiga : RANCANGAN TV
Mcm Yuka gak ler, kena ikut kerenah anak2 dan jugak hubby. Time ada bola, kena layan bola.. time geng2 bas sekolah kena gak ler layan..Tp kt umah aku nih selalunye channel HBO, Star Movie ajer.. Dh byk kali ulang tayang pon depa dok layan gak...

Soalan Keempat : KEPERIBADIAN
Aku rasa aku lebih suka sederhana dlm segala hal.. takmo lebih2 dan takmo kurang.. Kalau dh berkawan, aku nak ianya kekal selamanye..Bercakap hanya dgn org yg dh betul2 kenal tp terpaksa gak buat2 peramah sbb keje aku ni kena deal dgn org luar.. huhu

Soalan Kelima : HOBI
Aku takder hobi yg specific. Apa yg teringin aku buat, aku buat  tp lately aku minat berkaraoke (walaupun sore mcm katak panggil hujan tapi layan gak.. apa org kata syok sendiri). Nasib baiklah hubby n ank2 aku pon kaki karaoke gak, so sama2 la melalak..

Soalan Keenam : IMPIAN DAN HAJAT DIHATI
Aku nak berjaya dlm hidup.. dunia dan akhirat..Aku juga impikan KELUARGA BAHAGIA. Selain dr tu aku nk jenjalan ke seluruh pelusuk dunia ni dgn family ku..

Ok tak jawapan2 aku nih.. This is just my personal thoughts.. nothing to do with other people....